Pemasangan Peralatan Perubatan Klinik Kesihatan (Jenis 3) Selayang Baru, Selangor - Ralat No 1. Pindaan Taraf Tender | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
Jenis Perolehan
Tender
Tarikh Iklan
Tajuk Perolehan

Pemasangan Peralatan Perubatan Klinik Kesihatan (Jenis 3) Selayang Baru, Selangor -  Ralat No 1. Pindaan Taraf Tender

Pejabat Yang Memanggil

Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR, Kuala Lumpur.

Status Syarikat

Bumiputera / T1
 

Gred CIDB
G4/G5/G6/G7
Kategori

ME

Pengkhususan

E04 dan E09

Tarikh Mula Dijual
Tarikh Akhir Dijual
Harga Dokumen
RM100.00
Lawatan Tapak

TIADA

Taklimat Tender adalah pada 6 Januari 2022 (Khamis) jam 10.00 pagi secara atas talian. Pautan taklimat akan dimaklumkan melalui emel kepada petender yang melepasi saringan. Kehadiran adalah DIWAJIBKAN.

Perhatian:
Tempoh Muat Turun Dokumen Tender Atas Talian
17hb. Januari 2022 (Isnin)
Hingga
31hb. Januari 2022 (Isnin)

Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama
RM 100
Bayaran di atas nama Akauntan Negara Malaysia – KKR - T
Bayaran secara atas talian sahaja

Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup
Cawangan Pengurusan Perolehan dan Harta, Tingkat Bawah,
Blok A, Kompleks Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin,
50582 Kuala Lumpur.
Tarikh Tutup Tender: 14hb. Februari 2022 (Isnin)
Waktu: 5.00 petang

NOTA:-
Petender WAJIB MENGISI BORANG SARINGAN WAJIB di pautan (https://forms.gle/NnqpYh2fvHWUKisD8) bermula dari 27hb. Disember 2021 (Isnin) hingga 30hb. Disember 2021 (Khamis) sebelum jam 11.59 malam. Hanya petender yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan melepasi saringan akan disenaraipendek untuk ke proses selanjutnya.

Petender yang telah disenaraipendek akan menerima e-mel yang menyatakan nombor akaun, nama penerima, jumlah bayaran harga jualan dokumen dan kaedah bayaran. Bayaran hendaklah dibuat dalam tempoh tiga (3) hari selepas penerimaan e-mel daripada Pegawai Mengurus Tender.

Hanya petender yang LAYAK dan telah mengemukakan slip bayaran akan menerima nama pengguna beserta kata laluan atau pautan muat turun melalui e-mel untuk memuat turun Dokumen Tender daripada JCloud. Pautan kepada JCloud adalah melalui https://jcloud.jkr.gov.my. Tempoh muat turun Dokumen Tender adalah 17hb. Januari 2022 (Isnin) jam 12:00 tengah hari sehingga 31hb. Januari 2022 (Isnin) jam 11:59 tengah hari.

Dokumen Tender boleh dikemukakan secara serahan tangan/kurier dengan mematuhi Prosedur Operasi Piawai (SOP) yang disediakan di dalam Arahan Kepada Petender sebelum atau pada 14hb. Februari 2022 (Isnin) jam 5.00 petang. Segala urusan petender sama ada secara serahan tangan ataupun menggunakan syarikat perkhidmatan kurier hendaklah sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Piawai (Standard Operating Procedure – SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan sepanjang masa.
Petender dinasihatkan supaya merujuk iklan dari masa ke masa sepanjang tempoh PKP dilaksanakan jika terdapat perubahan atau ralat terkini.

Tarikh Tutup