Naiktaraf Jalan Tuju Dan Membina Jambatan Seri Bayas Di Atas Sungai Setiu, Terengganu (No. Tender : Jkr/ip/cj/t/2022/10) | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
Jenis Perolehan
Tender
Tarikh Iklan
Tajuk Perolehan

Naiktaraf Jalan Tuju Dan Membina Jambatan Seri Bayas Di Atas Sungai Setiu, Terengganu 
(No. Tender : Jkr/ip/cj/t/2022/10)        

Pejabat Yang Memanggil

Cawangan Jalan, Ibu Pejabat Jkr Malaysia,
Jalan Sultan Salahuddin,
50582 Kuala Lumpur.

Status Syarikat

Bumiputera 
T1

Gred CIDB
G7
Kategori

CE

Pengkhususan

CE01 & CE02

Tarikh Lawatan Tapak
Tarikh Mula Dijual
Tarikh Akhir Dijual
Harga Dokumen
RM500.00
Lawatan Tapak

LAWATAN TAPAK DIWAJIBKAN
TAKLIMAT TENDER DIWAJIBKAN
Taklimat Tender akan diadakan sepertimana berikut:
i. Tarikh: 28/02/2022 (Isnin)
ii. Masa : 11.00 Pagi
iii. Tempat: Dewan Seminar, Tingkat 2, JKR Daerah Setiu, 22100 Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu
iv. Segala Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi
Kerajaan yang berkaitan hendaklah dipatuhi. Sila bawa Cop Syarikat Beralamat untuk memudahkan urusan
pendaftaran semasa taklimat tender dijalankan.

Bukti Hadir Taklimat Tender Dan Lawatan Tapak Diperlukan Sebelum Dibenarkan Membeli Dokumen Tender. Hanya Penama Di Dalam Sijil PPK dan SPKK/PUKONSA/UPKJ Dibenarkan menghadiri Taklimat Tender Dan Lawatan Tapak. Dokumen Asal Pendaftaran hendaklah Dikemukakan Semasa Pendaftaran Sesi Taklimat Tender.

Saringan Awal Kelayakan Adalah:
(1) Tempoh Sah Pendaftaran PPK Dan SPKK/UPKJ/PUKONSA Serta Sijil Taraf Bumiputera Hendaklah Masih Berkuatkuasa Sekurang-Kurangnya Melebihi 3 Bulan Dari Tutup Tender;
(2) Kontraktor Hendaklah Mempunyai Sijil Score CIDB Minima 3 Bintang;
(3) Syarikat Kontraktor Yang Sedang Digantung Pendaftaran Oleh CIDB/UPKJ/PUKONSA Tidak Layak Menyertai Tender ini.

v. Hanya Penama dalam PPK dan SPKK atau PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan untuk menyertai taklimat dan lawatan
tapak. Jabatan Kerja Raya akan melaksanakan tender secara dalam talian sepenuhnya menggunakan Sistem Tender Online
JKR 2.0 pada tahun 2022. Petender yang berminat untuk menyertai tender ini akan diberi taklimat berkenaan perlaksanaan
tersebut pada taklimat tender dan dikehendaki untuk memenuhi tatacara tender secara dalam talian seperti yang telah
ditetapkan oleh Kerajaan. Bayaran bagi Dokumen Tender adalah melalui JomPAY. Dokumen Tender perlu dikemukakan secara
dalam talian menggunakan Sistem Tender Online JKR 2.0
vi. Petender yang mempunyai kebenaran khas ke atas Kategori & Pengkhususan dari CIDB adalah tidak dibenarkan untuk
menyertai tender ini. Pejabat Memanggil Tender (PMT) tidak akan bertanggungjawab di atas kecuaian Petender dalam
memastikan kesempurnaan penerimaan emel, isu pembayaran dan dokumen yang dimuat turun. Sebarang aduan berkaitan
perkara ini tidak akan dilayan.

Dokumentasi Taklimat Tender
i. Tiada dokumentasi untuk dimuat turun.

Maklumat Kontraktor
Taraf : BUMIPUTERA
Jenis syarikat : T1
Kelas : G7
Kategori : CE
Pengkhususan : CE01 & CE02
Lain-lain Pendaftaran Sijil Perakuan Kerja Kerajaan (SPKK) G7, CE ATAU UPKJ Kelas A, Kepala I, III dan IV ATAU PUKONSA Kelas A, Tajuk I dan Tajuk IV dan juga Sijil Taraf Bumiputera (STB) yang masih sah.

Maklumat Tender Dokumen
Harga : RM500.00
Bayaran Secara Atas Talian : E-Melkan bukti transaksi kepada alamat e-mel PMT dan salinkan kepada emel akaun.kementerian@kkr.gov.my dan cpph@kkr.gov.my
Tarikh dokumen mula dimuat turun : 3/3/2022
Tarikh akhir dokumen dimuat turun : 9/3/2022
Tempat dijual : Tender Secara Dalam Talian Sepenuhnya Menggunakan Sistem Tender Online JKR 2.0
Tarikh ditutup : 30/3/2022
Waktu ditutup : 12.00 TGHR
Tempat ditutup : Dokumen Tender perlu dikemukakan secara dalam talian menggunakan Sistem Tender Online JKR 2.0

NOTA :-
Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat tender yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat didalam sijil PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan manghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan. Kontraktor/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ.
Dokumen Meja Tender dan Dokumen Tender boleh dicapai melalui Storan Atas Talian yang akan diberikan oleh Pejabat Memanggil Tender (PMT) kepada petender yang layak dan telah membuat pembayaran secara atas talian.
Bayaran bagi Dokumen Tender hendaklah dibayar secara atas talian secara transaksi segera (intant transfer) sahaja dan bukti transaksi perlu dikemukakan melalui e-mel kepada PMT dan disalinkan ke alamat e-mel akaun.kementerian@kkr.gov.my dan cpph@kkr.gov.my sebagi slip bayaran. Sebarang kesilapan Petender dalam membuat bayaran serta mengemukakan slip kehadiran akan mengakibatkan Petender tidak menerima e-mel yang mengandungi nama pengguna beserta kata laluan dan pautan muat turun Dokumen Tender.
 

Tarikh Tutup