Pemasangan Sistem Elektrik Untuk Unimap - Pembinaan Bangunan Pusat Kesihatan Universiti Malaysia Perlis | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
Jenis Perolehan
Tender
Tarikh Iklan
Tajuk Perolehan

Pemasangan Sistem Elektrik Untuk Unimap - Pembinaan Bangunan Pusat Kesihatan Universiti Malaysia
Perlis

Pejabat Yang Memanggil

Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR, Kuala Lumpur.

Status Syarikat

BUMIPUTERA
T1

Gred CIDB
G5/G6/G7
Kategori

ME

Pengkhususan

E01, E04, E05, E11, E17, E18 & E32

Tarikh Mula Dijual
Tarikh Akhir Dijual
Harga Dokumen
RM100.00
Lawatan Tapak

TIADA
Taklimat Tender adalah pada 4 April 2022 (Isnin) jam 10.00 pagi secara atas talian. Pautan taklimat akan dimaklumkan melalui emel kepada petender yang melepasi saringan.
Kehadiran adalah DIWAJIBKAN.

Tempoh Muat Turun Dokumen Tender Atas Talian
12 April 2022 (Selasa) Hingga 26 April 2022 (Selasa).

Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama
RM 100.00
(Harga Dokumen Tender)
Bayaran di atas nama Akauntan Negara Malaysia – KKR - T
Bayaran secara JomPAY sahaja

Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup
Cawangan Pengurusan Perolehan dan Harta,
Tingkat Bawah,
Blok A, Kompleks Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur
Tarikh Tutup Tender: 10 Mei 2022 (Selasa)
Waktu: 12.00 tengah hari

NOTA :-

Petender WAJIB MENGISI BORANG SARINGAN WAJIB di pautan (https://forms.gle/szRbtfQZGvREj6eDA) bermula dari 15 Mac 2022 (Selasa) hingga 17 Mac 2022 (Khamis) sebelum jam 11.59 malam. Hanya petender yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan melepasi saringan akan disenaraipendek untuk ke proses selanjutnya.

Petender yang telah disenaraipendek akan menerima e-mel yang menyatakan nombor akaun, nama penerima, jumlah bayaran harga jualan dokumen dan kaedah bayaran. Bayaran hendaklah dibuat dalam tempoh tiga (3) hari selepas penerimaan e-mel daripada Pegawai Mengurus Tender.

Hanya petender yang LAYAK dan telah mengemukakan slip bayaran akan menerima nama pengguna beserta kata laluan atau pautan muat turun melalui e-mel untuk memuat turun Dokumen Tender daripada JCloud. Pautan kepada JCloud adalah melalui https://jcloud.jkr.gov.my. Tempoh muat turun Dokumen Tender adalah 12 April 2022 (Selasa) pukul 12.00 tengah malam sehingga 26 April 2022 (Selasa) pukul 11.59 malam.

Dokumen Tender boleh dikemukakan secara serahan tangan dengan mematuhi Prosedur Operasi Piawai (SOP) yang disediakan di dalam Arahan Kepada Petender sebelum atau pada 12.00 tengah hari 10 Mei 2022 (Selasa). Segala urusan petender secara serahan tangan hendaklah sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Piawai (Standard Operating Procedure – SOP) Perintah Kawalan Pergerakan pada sepanjang masa.

Petender dinasihatkan supaya merujuk iklan dari masa ke masa sepanjang tempoh PKP dilaksanakan jika terdapat perubahan atau ralat terkini.

Tarikh Tutup