Pengurusan Fasiliti Dan Penyenggaraan (Fmm) Di Pejabat Kastam Alor Setar, Kedah
Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, Ibu Pejabat Jkr Malaysia
Bumiputera/
T1
F
F01
Taklimat Tender dan Lawatan Tapak adalah diwajibkan pada 18 April 2022 bertempat di Pejabat Kastam Alor Setar, Kedah.
Tender adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia/ PUKONSA/ UPKJ/ Kementerian Kewangan dalam gred, kategori, pengkhususan dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut:-
Taraf/ Jenis Syarikat
Bumiputera
T1
Gred, Kategori & Pengkhususan/Kelas, Tajuk & Tajuk Kecil/Kelas, Kepala & Sub Kepala
Berdaftar dengan LPIPM (CIDB) dan mempunyai
Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK)
Gred : G6
Kategori : F
Pengkhususan : F01
DAN
Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)
Gred : G6
Kategori : F
Tempat dan Tarikh Dokumen Mula Dijual
Dokumen Tender akan dijual secara atas talian kepada petender yang lulus tapisan Saringan Wajib , menghadiri Taklimat Tender dan Lawatan Tapak serta telah membuat bayaran dokumen tender SAHAJA.
22.04.2022 (Jumaat) Hingga 26.04.2022 (Selasa)
Harga Dokumen dan Bayaran Atas Nama
RM 300.00
Sebagaimana email yang akan diterima oleh petender yang layak sahaja
Tempat, Tarikh dan Waktu Tender Tutup
19.05.2022 (Khamis)
12.00 Tengahari
Unit Tawaran Pusat, Bahagian
Kewangan & Akaun, Cawangan
Pengurusan Perolehan Dan Harta, Bahagian Kewangan,
Tingkat Bawah, Blok A,Kementerian Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur.
Dokumen Tender boleh dikemukakan secara serahan tangan /kurier / Pos Berdaftar dengan mematuhi Prosedur Operasi Piawai (SOP) yang disediakan di dalam Arahan Kepada Petender sebelum atau pada 12.00 tengahari Tarikh Tutup Tender.
SILA BACA DENGAN TELITI
NOTA :-
1. Petender WAJIB MENGISI BORANG SARINGAN WAJIB di pautan shorturl.at/iBDF9 bermula dari 6 April 2022 hingga 8 April 2022 sebelum jam 11.59 malam. Hanya petender yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan melepasi saringan akan disenaraipendek untuk ke Taklimat Tender dan Lawatan Tapak. Kontraktor / Syarikat tidak dibenarkan memohon kebenaran khas daripada CIDB/UPKJ/PUKONSA untuk kategori & pengkhususan yang telah ditetapkan.
2. Taklimat Tender dan Lawatan Tapak adalah diwajibkan pada 18 April 2022 bertempat di Pejabat Kastam Alor Setar, Kedah. Hanya petender yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan melepasi saringan akan menerima jemputan ke Taklimat Tender dan Lawatan Tapak melalui emel yang didaftarkan. Bagi Taklimat Tender dan Lawatan Tapak yang diwajibkan, hanya Seorang (1) Penama yang tercatat didalam sijil PPK & SPKK CIDB dan lengkap Vaksinasi sahaja dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan. Kontraktor/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PPK dan SPKK. Kehadiran dihadkan kepada seorang penama sahaja bagi setiap kontraktor/syarikat dan hendaklah sentiasa mematuhi semua Prosedur Operasi Piawai (Standard Operating Procedure - SOP) yang berkuatkuasa sepanjang masa.
3. Hanya petender yang telah disenaraipendek DAN hadir ke Taklimat Tender dan Lawatan Tapak akan menerima perincian maklumat melalui e-mel untuk membuat pembayaran secara atas talian dalam tempoh penjualan yang telah ditetapkan. Pembayaran secara atas talian yang dibenarkan adalah menggunakan JomPAY sahaja dan slip bayaran perlu dikemukakan melalui emel sebagai bukti pembayaran.
4. Hanya petender yang LAYAK dan telah mengemukakan slip bayaran akan menerima emel yang mengandungi nama pengguna beserta kata laluan atau pautan muat turun untuk memuat turun Dokumen Tender daripada JCloud. Tempoh muat turun Dokumen Tender adalah 28 April 2022 sehingga 9 Mei 2022 pukul 11.59 malam.
5. Dokumen Tender boleh dikemukakan secara serahan tangan/kurier dengan mematuhi Prosedur Operasi Piawai (SOP) yang disediakan di dalam Arahan Kepada Petender dan Petender hendaklah memastikan dokumen tersebut selamat tiba di tempat yang ditetapkan sebelum atau pada 12 Tengah Hari 19 Mei 2022.
6. Nilai Kenaan Bon/ Deposit Tender bagi projek ini adalah RM50,000.00. Petender hendaklah merujuk Arahan Kepada Petender untuk maklumat lanjut.