Pengurusan Fasiliti Dan Penyenggaraan Di Kompleks Bangunan Istana Kehakiman, Lot 3g3, Presint 3, Putrajaya Bagi Tahun 2022 Sehingga 2027
JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya
TERBUKA (KHAS BUMIPUTERA)
Dipelawa kepada syarikat tempatan yang 100% milik warganegara tempatan
F
i. Berdaftar dengan CIDB
a. Perakuan Pendaftaran Gred G7, Kategori F, Pengkhususan F01
b. Sijil Perolehan Kerja Kerajaan
Gred G7, Kategori F
ii. Sijil Perolehan Kerja Kerajaan
Atau
PUKONSA Kelas A, Tajuk II, Tajuk Kecil 2(b) dan 9
Atau
UPKJ Kelas A, Kepala II, Sub- Kepala 2(a) dan 3(c)
iii. Mempunyai Sijil Taraf Bumiputera (STB) yang sah dengan Pusat Khidmat Kontraktor
Gred G7, Kategori F
Lawatan tapak adalah diwajibkan. Hanya Petender yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan melepasi saringan akan menerima jemputan melalui emel yang didaftarkan. Hanya penama yang tercatat di dalam sijil PPK dan SPKK, yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak. Kontraktor / Syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama di dalam PPK dan SPKK. Kehadiran dihadkan kepada seorang penama sahaja dan lengkap vaksinasi. Hanya petender yang telah disenarai pendek dan hadir lawatan tapak akan menerima perincian maklumat emel taklimat tender dan maklumat untuk membuat pembayaran secara atas talian dalam tempoh penjualan yang telah ditetapkan. Pembayaran secara atas talian yang dibenarkan adalah menggunakan JomPAYsahaja dan slip bayaran perlu dikemukakan melalui emel sebagai bukti pembayaran. Nilai kenaan bon / deposit tender bagi projek ini adalah RM 200,000.00 sahaja.
Perhatian:
Permohonan Atas Talian
Tarikh Isi BORANG SARINGAN WAJIB :
12.04.2021 (Selasa) sehingga 14.04.2021 (Khamis) (12.00 tengah hari)
Pautan BORANG SARINGAN WAJIB :
https://forms.gle/vcWU8fPEehJEtLfJ6
Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama
Harga Dokumen
RM 500.00
Bayaran melalui kaedah JomPAY sahaja.
Hanya petender yang layak dan mengemukakan slip bayaran (bukti pembayaran hendaklah dikemukakan sepertimana emel) akan menerima ID Pengguna beserta kata laluan atau pautan muat turun melalui emel untuk memuat turun Dokumen Tender daripada JCloud
Tempat, Tarikh dan Waktu Tender Ditutup
Kaunter Tutup Tender:
Unit Tawaran Pusat, Bahagian Kewangan & Akaun,
Cawangan Pengurusan Perolehan Dan Harta,
Bahagian Kewangan,Tingkat Bawah, Blok A,
Kementerian Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur.
Tarikh Tutup Tender: 27.05.2022 (Jumaat)
Waktu: 12.00 tengah hari
NOTA:-
BON TENDER / DEPOSIT TENDER
Semua petender hendaklah mengemukakan Bon Tender/ Deposit Tender mengikut format di dalam Arahan Kepada Petender bernilai RM 200,000.00 sebagai satu bentuk jaminan kewangan pada atau sebelum tarikh tutup tender.
Taklimat
Hanya Petender yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan melepasi saringan akan disenarai pendek untuk menerima taklimat tender dan lawatan tapak.
Dokumen Meja Tender boleh disemak di:-
Unit Tawaran Pusat,
Bahagian Kewangan & Akaun, Cawangan Pengurusan
Perolehan Dan Harta,
Bahagian Kewangan,
Tingkat Bawah, Blok A, Kementerian Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur.
Bermula pada 21.04.2022