Projek Menggantikan Struktur Dispersal Jenis Asphalt Yang Rosak Kepada Pavement Quality Concrete (Pqc) Di No.14 Skuadron Pangkalan Udara Labuan
Bahagian Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan dan Cerun , Cawangan Kontrak & Ukur Bahan, Ibu Pejabat JKR Malaysia
Taraf: Bumiputera
Jenis Syarikat: Syarikat tempatan yang 100% milik warganegara tempatan
CE
Gred, Kategori & Pengkhususan/Kelas, Tajuk & Tajuk Kecil/Kelas, Kepala & Sub-Kepala
Pendaftaran Kontraktor
1. Pendaftaran
i) Kontraktor hendaklah mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang sah dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB)
dalam Gred G7 Kategori CE dan Pengkhususan CE 01 dan CE21 ATAU;
ii) Kontraktor hendaklah mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) yang sah dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan berdaftar dengan Unit Pendaftaran
Kontraktor dan Juruperunding (UPKJ) dalam Kelas A, Kepala I – Sub kepala 1 dan Kepala III – Sub Kepala 2 ATAU;
iii) Kontraktor hendaklah mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) yang sah dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan berdaftar dengan Pusat Pendaftaran
Kontraktor-Kontraktor Kerja, Bekalan dan Perkhidmatan Negeri Sabah (PUKONSA) dalam Kelas A, Tajuk I - Tajuk Kecil 1.
2. Kontraktor berdaftar yang telah digantung oleh CIDB, UPKJ atau PUKONSA dari menyertai tender, TIDAK LAYAK untuk menyertai tender ini.
3. Kontraktor TIDAK DIBENARKAN memohon kebenaran khas daripada CIDB, UPKJ, PUKONSA untuk pengkhususan bidang kerja yang ditetapkan
TIADA
Taklimat Tender akan diadakan secara atas talian pada 18 April 2022 (Isnin) jam 10.00pagi. Hanya Petender yang melepasi saringan wajib akan menerima e-mel yang mengandungi pautan taklimat tender secara atas talian. Taklimat Tender adalah DIGALAKKAN.
Perhatian:
Tempat Dan Tarikh Dokumen Mulai Dijual
Dokumen Tender dijual secara atas talian
Hanya petender yang layak dan mengemukakan slip bayaran akan menerima pautan muat turun melalui emel untuk memuat turun Dokumen Tender daripada J-Cloud.
Tempoh Muat Turun : 27.04.2022 (Rabu) sehingga 11.05.2022 (Rabu)
Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama
RM 500.00
Pembayaran secara atas talian menggunakan JomPAY sahaja.
Petender yang melepasi saringan wajib akan menerima e-mel yang mengandungi jumlah bayaran harga jualan dokumen dan butiran bayaran mengunakan JomPAY bagi pembelian Dokumen Tender
Tempat,Tarikh & Waktu Tender Tutup
Cawangan Pengurusan Perolehan dan Harta,
Bahagian Kewangan & Akaun, Tingkat Bawah, Blok A,
Kompleks Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur
Tarikh Tutup Tender: 24.05.2022 (Selasa)
Waktu: 12.00 tengahari
NOTA:-
Kontraktor yang berhasrat menyertai Tender ini hendaklah mengisi Borang Saringan Wajib di pautan https://forms.gle/EdtMJZrxHpM7cziu6 bermula daripada 7 April 2022 hingga 11 April 2022 sebelum jam 11.59 malam. Hanya penama yang tercatat di atas Sijil SPKK/UPKJ/PUKONSA sahaja dibenarkan membuat permohonan dengan menggunakan e-mel rasmi syarikat masing-masing. Permohonan selain dari cara yang dinyatakan dan di luar tarikh yang ditetapkan adalah tidak sah dan tidak akan dilayan. Permohonan Syarikat hendaklah disertakan bersekali dengan salinan (dalam format *pdf/jpeg) Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dengan CIDB; atau PPK dan UPKJ; atau PPK dan PUKONSA yang disahkan dalam Gred/Kelas, Kategori/Tajuk/Kepala & Pengkhususan/Tajuk Kecil/Sub Kepala yang ditetapkan