Pemasangan Elektrik Untuk Kerja-kerja Menaiktaraf Dan Pembaikan Dewan Serbaguna Dan Akses Utama Serta Lain-lain Kerja Berkaitan Di Kampus Intan Bukit Kiara, Kuala Lumpur
Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR, Kuala Lumpur.
Bumiputera
T1
ME
E01, E04 & E11
TIADA
Taklimat Tender adalah pada 11/4/2022 (Isnin) jam 10.00 pagi secara atas talian. Pautan taklimat akan dimaklumkan melalui emel kepada petender yang melepasi saringan. Taklimat tender adalah DIWAJIBKAN kepada petender yang melepasi saringan.
Tempoh Muat Turun Dokumen Tender Atas Talian
29 April 2022 (Jumaat) Hingga 13 Mei 2022 (Jumaat)
Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama
RM 100
(Harga Dokumen Tender)
Bayaran melalui JomPAY
Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup
Cawangan Pengurusan
Perolehan dan Harta, Tingkat Bawah, Blok A, Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur
Tarikh Tutup Tender: 19 Mei 2022 (Khamis)
Waktu: 12.00 tengah hari
NOTA :-
Petender WAJIB MENGISI BORANG SARINGAN WAJIB di pautan (https://forms.gle/RsG1aNJ5jVaiPoyS9) bermula dari 5 April 2022 (Selasa) hingga 7 April 2021 (Khamis) sebelum jam 11.59 malam. Hanya petender yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan melepasi saringan akan disenaraipendek untuk ke proses selanjutnya.
Petender yang telah disenaraipendek akan menerima e-mel yang menyatakan nombor akaun, nama penerima, jumlah bayaran harga jualan dokumen dan kaedah bayaran. Bayaran hendaklah dibuat dalam tempoh tiga (3) hari selepas penerimaan e-mel daripada Pegawai Mengurus Tender. Bayaran Hendaklah dilaksanakan melalui kaedah JomPay.
Hanya petender yang LAYAK dan telah mengemukakan slip bayaran akan menerima nama pengguna beserta kata laluan atau pautan muat turun melalui e-mel untuk memuat turun Dokumen Tender daripada JCloud. Pautan kepada JCloud adalah melalui https://jcloud.jkr.gov.my. Tempoh muat turun Dokumen Tender adalah 29 April 2022 (Jumaat) pukul 12.00 tengah malam sehingga 13 Mei 2022 (Khamis) pukul 11.59 tengah hari.
Dokumen Tender boleh dikemukakan secara serahan tangan dengan mematuhi Prosedur Operasi Piawai (SOP) yang disediakan di dalam Arahan Kepada Petender sebelum atau pada 19 Mei 2022 (Khamis) jam 12 tengah hari .Segala urusan petender sama ada secara serahan tangan ataupun menggunakan syarikat perkhidmatan kurier hendaklah sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Piawai (Standard Operating Procedure – SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan sepanjang masa. Petender dinasihatkan supaya merujuk iklan dari masa ke masa sepanjang tempoh PKP dilaksanakan jika terdapat perubahan atau ralat terkini.