Pembaikan Cerun Dan Jalan Dari Kg. Bawong Ke Rps Legap, Sg. Siput (U), Kuala Kangsar, Perak | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
Jenis Perolehan
Tender
Tarikh Iklan
Tajuk Perolehan

Pembaikan Cerun Dan Jalan Dari Kg. Bawong Ke Rps Legap, Sg. Siput (U), Kuala Kangsar, Perak

Pejabat Yang Memanggil

Bahagian Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan dan Cerun , Cawangan Kontrak & Ukur Bahan, Ibu Pejabat JKR Malaysia

Status Syarikat

Taraf: Terbuka Jenis Syarikat:
Syarikat tempatan yang 100% milik warganegara tempatan.
 

Gred CIDB
G7
Kategori

CE

Pengkhususan

Pendaftaran Kontraktor
1.    Pendaftaran
i)    Kontraktor hendaklah mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang sah dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam Gred G7 Kategori CE Pengkhususan CE08, CE10, CE21, CE36, ATAU
ii)    Kontraktor hendaklah mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) yang sah dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam Gred G7 Kategori CE Pengkhususan CE08, CE10, CE21, CE36 dan berdaftar dengan Pusat Pendaftaran Kontraktor-Kontraktor Kerja, Bekalan dan Perkhidmatan Negeri Sabah (PUKONSA) dalam Kelas A, Tajuk I Tajuk Kecil 1, Tajuk IV Tajuk Kecil 1,2,3,5,8,9,10 dan Tajuk VI Tajuk Kecil 6 ATAU
iii)    Kontraktor hendaklah mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) yang sah dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam Gred G7 Kategori CE Pengkhususan CE08, CE10, CE21, CE36 dan berdaftar dengan Unit Pendaftaran Kontraktor dan Juruperunding (UPKJ) dalam Kelas A, Kepala I Subkepala 1, 5a, Kepala III Subkepala 1a,1b,1e,2a,2b,2c,3b dan Kepala VI Subkepala 5a(i), 5b, 5d.

2.    Kontraktor berdaftar yang telah digantung oleh CIDB, PUKONSA, UPKJ dari menyertai tender, TIDAK LAYAK untuk menyertai tender ini.

3.    Kontraktor TIDAK DIBENARKAN memohon kebenaran khas daripada CIDB, PUKONSA, UPKJ untuk pengkhususan bidang kerja yang ditetapkan.
 

Tarikh Mula Dijual
Tarikh Akhir Dijual
Harga Dokumen
RM500.00
Lawatan Tapak

Taklimat Tender dan Lawatan Tapak akan diadakan pada 1 Jun 2022 (Rabu). Hanya Petender yang telah melepasi saringan wajib akan diberi butiran taklimat tender dan lawatan tapak melalui e-mel. Kehadiran Taklimat Tender dan Lawatan Tapak adalah AMAT DIGALAKKAN.

Perhatian:
Tempat Dan Tarikh Dokumen Mulai Dijual
Penjualan Dokumen Tender secara atas talian
Pautan untuk muat turun Dokumen Tender akan diberikan melalui e-mel kepada petender yang melepasi saringan wajib dan telah membuat bayaran.
Tarikh Muat Turun Dokumen : 16.6.2022 (khamis) – 29.6.2022 (Rabu)

Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama
RM 500.00
Bayaran secara atas talian menggunakan JomPAY.
Petender yang melepasi saringan wajib akan menerima emel yang mengandungi kaedah bayaran bagi pembelian Dokumen Tender

Tempat,Tarikh & Waktu Tender Tutup
Cawangan Pengurusan Perolehan dan Harta,
Bahagian Kewangan & Akaun,
Tingkat Bawah, Blok A,
Kompleks Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur

Tarikh Tutup Tender: 6.7.2022 (Rabu)
Waktu: 12.00 tengahari

NOTA:-
Kontraktor yang berhasrat menyertai Tender ini hendaklah mengisi Borang Saringan Wajib di pautan https://forms.gle/J8AivRvjrPQDTV1r7 bermula daripada 23 Mei 2022 hingga 25 Mei 2022 sebelum jam 11.59 malam. Hanya penama yang tercatat di atas Sijil SPKK\PUKONSA sahaja dibenarkan membuat permohonan dengan menggunakan e-mel rasmi syarikat masing-masing. Permohonan selain dari cara yang dinyatakan dan di luar tarikh yang ditetapkan adalah tidak sah dan tidak akan dilayan. Permohonan Syarikat hendaklah disertakan bersekali dengan salinan (dalam format *pdf/jpeg) Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dengan CIDB atau PPK dan PUKONSA atau PPK dan UPKJ yang disahkan dalam Gred/Kelas, Kategori/Tajuk/Kepala & Pengkhususan/ Tajuk Kecil/Sub Kepala yang ditetapkan

Hanya petender yang melepasi saringan wajib akan menerima emel yang mengandungi butiran taklimat tender/ lawatan tapak dan kaedah bayaran bagi pembelian Dokumen Tender.

Hanya petender yang LAYAK dan telah mengemukakan slip bayaran akan menerima nama pengguna beserta kata laluan atau pautan muat turun melalui e-mel untuk memuat turun Dokumen Tender daripada JCloud.

Petender hendaklah mengemukakan slip bayaran JomPAY dalam sampul berasingan semasa mengemukakan Dokumen Tender.

Pada tarikh tutup tender, Dokumen Tender boleh dikemukakan secara SERAHAN TANGAN dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dinyatakan dalam Arahan Kepada Petender.

Tarikh Tutup