Pemasangan Elektrik Untuk Projek Pembinaan Kuarters Ilp Labuan
Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR, Kuala Lumpur.
TERBUKA
T1
ME
E04, E11, E17
TIADA
Taklimat Tender adalah pada 7 JUN 2022 (SELASA) jam 10.00 pagi secara atas talian. Pautan taklimat akan dimaklumkan melalui emel. TAKLIMAT TENDER DIWAJIBKAN KEPADA YANG MELEPASI SARINGAN
Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama
RM 100
(Harga Dokumen Tender)
Bayaran di atas nama Akauntan Negara Malaysia – KKR-T
Bayaran melalui kaedah JomPAY
Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup
Cawangan Pengurusan Perolehan dan Harta,
Tingkat Bawah, Blok A, Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur.
Tarikh Tutup Tender: 12 Julai 2022 (Selasa)
Waktu: 12.00 Tengah Hari
NOTA :-
Petender WAJIB MENGISI BORANG SARINGAN WAJIB di pautan (https://forms.gle/XXsFZMDeprK2M3Y77) bermula dari 31 Mei 2022 (Selasa) hingga 2 Jun 2022 (Khamis) sebelum jam 11.59 malam. Hanya petender yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan melepasi saringan akan disenaraipendek untuk ke proses selanjutnya.
Petender yang telah disenaraipendek akan menerima e-mel yang menyatakan nombor akaun, nama penerima, jumlah bayaran harga jualan dokumen dan kaedah bayaran. Bayaran hendaklah dibuat dalam tempoh tiga (3) hari selepas penerimaan e-mel daripada Pegawai Mengurus Tender. Bayaran Hendaklah dilaksanakan melalui kaedah JomPay. Sekiranya bayaran dibuat tetapi tidak menyertai taklimat tender yang diwajibkan, maka petender tidak dibenarkan menyertai tender dan wang tidak akan dikembalikan.
Hanya petender yang LAYAK dan telah mengemukakan slip bayaran akan menerima nama pengguna beserta kata laluan atau pautan muat turun melalui e-mel untuk memuat turun Dokumen Tender daripada JCloud. Pautan kepada JCloud adalah melalui https://jcloud.jkr.gov.my. Tempoh muat turun Dokumen Tender adalah 22 Jun 2022 (Rabu) pukul 12.00 tengah hari sehingga
5 Julai 2022 (Selasa) pukul 11.59 pagi.
Dokumen Tender boleh dikemukakan secara serahan tangan dengan mematuhi Prosedur Operasi Piawai (SOP) yang disediakan di dalam Arahan Kepada Petender sebelum atau pada 12 Julai 2022 (Selasa) jam 12.00 tengah hari. Segala urusan petender secara serahan tangan hendaklah sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Piawai (Standard Operating Procedure – SOP)
yang ditetapkan oleh kerajaan sepanjang masa.
Petender dinasihatkan supaya merujuk iklan dari masa ke masa sepanjang tempoh PKP dilaksanakan jika terdapat perubahan atau ralat terkini.