Pemasangan Elektrik Untuk Pembinaan Kuarters Dan Blok Akademik Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka - Ralat : Pindaan Tarikh Taklimat Tender, Tarikh Jual Tender Dan Lanjutan Tarikh Tutup Tender
Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR, Kuala Lumpur.
Bumiputera / T1
ME
E04, E11, E17 & E32
TIADA
Taklimat projek adalah DIGALAKKAN. Taklimat projek adalah secara atas talian di pautan google meet https://meet.google.com/fks-mdfu-ear pada 30 JUN 2022 (KHAMIS) jam 10.00 Pagi.
Perhatian:
Tempoh Muat Turun Dokumen Tender Atas Talian
1 JULAI 2022 (JUMAAT) HINGGA 8 JULAI 2022 (JUMAAT)
Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama
RM 300
(Harga Dokumen Tender)
Bayaran di atas nama Kementerian Kerja Raya
Bayaran secara JomPAY
Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup
Cawangan Pengurusan Perolehan dan Harta,
Tingkat Bawah,
Blok A, Kompleks Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin,
50582 Kuala Lumpur
Tarikh Tutup Tender:
5 OGOS 2022 (JUMAAT)
Waktu: 12.00 Tengahari
NOTA:-
Petender WAJIB MENGISI BORANG SARINGAN WAJIB di pautan (https://forms.gle/23sebUKYgvoDAqDSA) bermula dari 23 MEI 2022 (ISNIN) hingga 26 MEI 2022 (KHAMIS) sebelum jam 11.59 malam. Hanya petender yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan melepasi saringan akan disenaraipendek untuk ke proses selanjutnya.
Petender yang telah disenarai pendek akan menerima e-mel yang menyatakan nombor akaun, nama penerima, jumlah bayaran harga jualan dokumen dan kaedah bayaran. Bayaran hendaklah dibuat dalam tempoh tiga (3) hari selepas penerimaan e-mel daripada Pegawai Mengurus Tender.
Hanya petender yang LAYAK dan telah mengemukakan slip bayaran akan menerima nama pengguna beserta kata laluan atau pautan muat turun melalui e-mel untuk memuat turun Dokumen Tender daripada JCloud. Pautan kepada JCloud adalah melalui https://jcloud.jkr.gov.my. Tempoh muat turun Dokumen Tender adalah 1 JULAI 2022 (JUMAAT) pukul 12.00 tengah malam sehingga 8 JULAI 2022 (JUMAAT) pukul 11.59 malam.
Dokumen Tender boleh dikemukakan secara serahan tangan dengan mematuhi Prosedur Operasi Piawai (SOP) yang disediakan di dalam Arahan Kepada Petender sebelum atau pada 29 JULAI 2022 (JUMAAT) jam 12.00 Tengahari. Segala urusan petender secara serahan tangan hendaklah sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Piawai (Standard Operating Procedure – SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan sepanjang masa.
Petender dinasihatkan supaya merujuk iklan dari masa ke masa sepanjang tempoh PKP dilaksanakan jika terdapat perubahan atau ralat terkini.