Projek Bangunan Baru Pusat Penyimpanan Koleksi Mineral Dan Geosains Di Kuala Kangsar, Perak
Cawangan Kontrak Dan Ukur Bahan,
(Bahagian Bangunan Am 2)
Ibu Pejabat JKR Malaysia
Bumiputera / T1
B
B04
Taklimat tender dan lawatan tapak adalah DIGALAKKAN pada 7 Julai 2022 (Khamis).
Hanya petender yang LAYAK SAHAJA (melepasi saringan wajib) akan menerima e-mel berkenaan maklumat lengkap lawatan tapak.
Perhatian:
Tarikh Dokumen Mula Dijual
Tarikh Jual Dokumen Tender (JCloud) 19 Julai 2022 (Selasa) sehingga 25 Julai 2022 (Isnin) jam 5.00 Petang
Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama
Harga Dokumen RM 100.00
Hanya petender yang LAYAK SAHAJA (melepasi saringan wajib) akan menerima
e-mel berkenaan maklumat lengkap pembayaran. Bayaran bagi Dokumen Tender hendaklah dibayar secara atas talian secara JomPAY sahaja dan bukti transaksi perlu dikemukakan melalui e-mel kepada
jmgkualakangsar.bpp4ckba2@jkr.gov.my
dan disalinkan ke alamat e-mel akaun.kementerian@kkr.gov.my dan cpph@kkr.gov.my sebagai slip bayaran.
Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup
Caw. Pengurusan Perolehan & Harta,
Bahagian Kewangan,Tingkat Bawah, Blok A,
Kem. Kerja Raya, Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50582 Kuala Lumpur
Tarikh Tutup Tender: 8 Ogos 2022 (ISNIN)
Waktu: 12.00 Tengah Hari
NOTA:-
Pendaftaran untuk menyertai tender ini adalah melalui atas talian (Online) dengan membuat pendaftaran di google form melalui pautan https://forms.gle/WhWJx8s5q6tMN95F7 Petender yang memenuhi syarat-syarat pendaftaran dan berminat hendaklah WAJIB MENGISI BORANG SARINGAN WAJIB di pautan yang diberikan pada tarikh yang ditetapkan iaitu bermula dari 21 Jun 2022 (Selasa) sehingga 23 Jun 2022 (Khamis) sebelum jam 11.59 malam. Hanya petender yang layak dan telah mengemukakan slip bayaran akan menerima nama pengguna beserta kata laluan atau pautan muat turun melalui e-mel untuk memuat turun Dokumen Tender daripada JCloud.
Bagi lawatan tapak dan sesi taklimat tender, hanya penama yang tercatat didalam Sijil PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan. Kontraktor/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ.
Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat berkenaan semasa waktu pejabat.
Bayaran bagi Dokumen Tender hendaklah dibuat dalam bentuk Draf Bank/Kiriman Wang di atas nama Akauntan Negara Malaysia-KKR-T. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil Kontraktor dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) (jika berkenaan) berserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Bagi Kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, wakil Kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Pendaftaran PUKONSA atau UPKJ dan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkenaan).
Kontraktor atau wakil kontraktor yang sah hendaklah sentiasa mengambil perhatian dan mematuhi langkah-langkah pencegahan COVID-19 dan penjarakkan Sosial oleh KKM dan MKN.
Jenis Pendaftaran : T1 – Syarikat yang 100% milik tempatan.
A1 – Syarikat yang 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 30% dan ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pekerja adalah 100% oleh warganegara.
A2 – Syarikat yang 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL ATAU Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia yang mempunyai ekuiti asing tidak melebihi 49% dan majority ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pekerja adalah warganegara.