Gempa : Tiada laporan keretakan bangunan. | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

SUNGAI SIPUT: Kementerian Kerjaraya belum menerima sebarang laporan berhubung struktur bangunan yang  retak atau rosak di Lembah Klang akibat gegaran gempa bumi di Indonesia yang turut dirasai  beberapa kawasan di Semenanjung.

Menterinya,Datuk Seri S. Samy Vellu berkata ketika ini Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) masih memantau bangunan tinggi di negara ini khususnya di Lembah Klang dari semasa ke semasa semasa  berikutan kejadian gempa bumi yang berterusan di negara itu.

"Kita belum lagi diberitahu mengenai keretakan atau kerosakan berlaku pada mana-mana bangunan di negara ini sehingga kini akibat kejadian gempa bumi di negara jiran, baru-baru ini.

"Jika berlaku keretakan, kemungkinan ia membabitkan bangunan lama yang disebabkan struktur bangunan tidak elok.

"Bagaimanapun, jurutera, JKR masih memeriksa bangunan tinggi di negara ini untuk melihat kemungkinan itu," katanya kepada pemberita ketika ditanya jika ada struktur bangunan di negara ini terjejas oleh bencana alam itu.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada wakil surau dan masjid di sini, sempena Ramadan, petang semalam.

Kelmarin, selang beberapa ketika selepas dikejutkan dengan gegaran yang mengemparkan penghuni bangunan tinggi berikutan gempa bumi kuat di Sumatera Selatan, warga kota sekali lagi tersentak dengan gegaran susulan yang menyebabkan situasi cemas, pagi semalam.

Gegaran kuat bermagnitud 8.4 pada skala Richter di Selatan Sumatera, Indonesia, menyebabkan banyak bangunan di sekitar Lembah Klang bergegar beberapa minit.

Samy Vellu berkata JKR sudah mempunyai jabatan yang menjalankan kajian mengenai kesan kejadian bencana alam terhadap negara termasuk pada jarak jauh yang dijalankan selepas tsunami dan gempa bumi pada 2004 dengan gempa bumi pada 2004 dengan kerjasama Jabatan Meteorologi dan Institut Kerja Raya  Malaysia 

Tarikh
Surat Khabar
Berita Minggu