Cerucuk, tiang lemah punca runtuhan | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

IPOH-Kejadian bangunan dua tingkat milik Perbadanan Taman Negari Perak (PTNP) yang sudah siap di lereng Tasik Banding di Gerik yang runtuh kelmarin mungkin disebabkan terdapatnya satu atau dua cerucuk atau tiang yang lemah sehingga ia tidak boleh berfungsi untuk menampung struktur bangunan tersebut.

Menteri Besar, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali berkata, berdasarkan siasatan awal Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak, tiang atau cerucuk itu lemah mungkin disebabkan oleh ketidaksesuaian reka bentuk, bahan binaan, kerja-kerja pembinaan serta kualiti.

Cerucuk atau tiang-tiang lain pula tidak dapat menampung beban yang semakin bertambah, katanya.

Sehubungan itu ujarnya, kerajaan negeri akan  melantik satu badan profesional untuk menjalankan siasatan dan pemeriksaan bebas terhadap  semua aspek berhubung  kejadian tersebut.

"Namun badan profesional terbabit akan dilantik hanya selepas kerajaan negeri selesai mengadakan pertemuan dengan JKR Perak yang akan memberi panduan dan nasihat mengenai apa yang perlu dilakukan berhubung kejadian itu." katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco  kerajaan negeri di sini semalam.

Bagaimanapun Tajol Rosli berkata, lapaoran JKR itu mengatakan bahawa kedudukan tanah yang berada sehingga ketinggian 50 meter itu adalah stabil.

Bangunan PTNP yang mempunyai 14 bilik yang menempatkan ruang pejabat, bilik pameran jualan, bilik penginapan serta tempat letak kereta itu merupakan satu projek yang mendapat peruntukan keseluruhan kerajaan Persekutuan berjumlah RM 9.5 juta untuk dijalankan dalam dua fasa.

Peruntukan projek berkenaan disalurkan melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan katanya, bangunan PTNP itu turut dibina bagi menyediakan kemudahan lokasi transit kepada  pelancongan yang ingin meneroka keindahan alam semula jadi di dalam kawasan Taman Negara Royal Belum.

"Semua operasi PTNP di pejabatnya yang terletak di Gerik bagaimanapun belum berpindah ke kawasan baru yang berkeluasan empat hektar itu kerana bangunan berkenaan belum diserahkan kepada perbadanan terbabit  

 

Tarikh
Surat Khabar
Kosmo