Kos pembinaan Istana Negara bernilai RM650 juta. | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

Harga asal RM400 juta yang dipersetujuai sebelum ini hanya melibatkan sebuah bangunan istana dan sebuah flat beserta kemudahan bagi Yang di-Pertuan Agong.

KOS pembinaan kompleks Istana Negara yang baru di Jalan Duta kini bernilai RM650 juta. meliputi beberapa kerja-kerja tambahan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu semalam.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Mohd Zin Mohamed berkata, perubahan harga berlaku kerana kos tidak melibatkan kerja-kerja seperti tanah, pembinaan jalan, persimpangan bertingkat, kuarters perkerja istana dan tempat letak kereta bawah bangunan.

Selain itu istana baru ini dilengkapi dengan sistem keselamatan moden, katanya ketika menjawab soalan Abdul Fatah Harun (PSA-Rantau Panjang).

Mohd Zin berkata, kerajaan memutuskan kerja-kerja tambahan itu perlu untuk kemudahan tetamu serta pelawat.

Katanya penetapan harga bagi projek Istana Negara yang baru dibuat berasaskan kepada pertimbangan teknik dan rundingan harga skop projek, saiz pembangunan, masa pembinaan serta reka bentuk dan kemasaan bangunan.

Ia (penetapan harga) telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada 5 Julai 2006 dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 3 Oktober 2006.? Katanya.

Mohd Zin berkata harga asal RM400 juta yang asal RM400 juta yang dipersetujuai sebelum ini hanya melibatkan sebuah bangunan istana dan sebuah flat berserta kemudahan bagi Yang di-Pertuan Agong.

"Daripada beberapa cadangan baru yang dikemukakan, kerajaan memilih satu cadangan yang dikemukakan oleh syarikat Maya Maju," Katanya.

Menjawab soalan Abdul Fatah Mengenai potensi syarikat itu, Mohd Zin berkata, syarikat itu diyakini melalui berbagai proses perundingan dan mesyuarat yang berjalan mengikut jadual.

"Kementerian diberi tanggungjawab menyelia projek bagi menentukan pihak yang melaksanakannya mengikut arahan Pembendaharaan. Syarikat itu mampunyai kriteria-kriteria tertentu berasaskan merit untuk menjalankan projek mengikut kaedah perolehan sedia ada," katanya.

Menjawab soalan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) mengenai rasional pembinaan istana baru, beliau berkata wujud keperluan membina Istana Negara baru ekoran kos membaik pulih istana sedia ada akan memakan masa panjang, perbelanjaan berlipat ganda dan hasilnya tidak sebaik membina istana baru.

Katanya kawasan Istana Negara sedia ada yang terhad tidak membolehkan pembangunan baru dilakukan.

 

Tarikh
Surat Khabar
Sinar Harian