Masalah tanah: LPT pendek 7 kilometer | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

KUALA LUMPUR 6 Jun. Jajaran Lebuh raya Pantai Timur (LPT) Fasa 2 dipendekkan sepanjang tujuh kilometer daripada 192 kilometer kepada 185 kilometer berikutan masalah pengambilan tanah kebun penduduk.

Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, keputusan itu dibuat selepas kerajaan negeri menerima aduan daripada penduduk bahawa jajaran sebelum ini banyak melibatkan tanah kebun mereka sedangkan sekarang ini harga getah tinggi.

Beliau berkata, mengambil kira aduan tersebut pihaknya telah mengadakan satu perbincangan dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan akhirnya, bersetuju supaya jajaran tersebut dipendekkan sebanayak tujuh kilometer melibatkan Pakej 1A. 1B dan 1C iaitu dari Jabor ke Cheneh.

"Tindakan ini membuktikan bahawa pembinaan lebuh raya ini tidak mendatangkan masalah kepada rakyat selain dapat menjimatkan kegunaan petrol," katanya selepas mengadakan lawatan ke projek LPT fasa 2 (Pakej 11 dan 12) dari Batu Hampar ke Gemuruh di sini hari ini.

Beliau berkata, pembinaan banyak terowong di sepanjang lebuh raya berkenaan bertujuan memudahkan laluan air, sekaligus mengelakkan berlaku banjir yang boleh mendatangkan kerugian besar akibat kerosakan jalan.

Dalam perkembangan sama, Idris gembira dengan perkembangan pembinaan lebuh raya berkenaan yang mengikut jadual.

Menurutnya, Pekej 11 dan 12 kini sudah 48 peratus siap dibina dan dijangka siap sepenuhnya menjelang April ini.

 

 

Tarikh
Surat Khabar
Utusan Malaysia