Motorsikal dilarang melalui lebuh raya di tiga lokasi | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

SUNGAI BULUH Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. SamyVellu semalam mengumumkan motosikal dilarang melalui lebuh raya di tiga lokasi utama negara iaitu Putrajaya, Cyberajaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Ia berikutan lebuh raya tersebut terdiri daripada laluan jambatan kerana ia melalui kawasan yang pesat membangun seperti kilang, bangunan dan rumah-rumah. Oleh yang demikian, ruang yang ada untuk pembinaan lebuh raya adalah terhad.

"Keadaan tidak selamat untuk pengguna motosikal kerana di Lebuh raya Kuala Lumpur Putrajaya, lebar bahu jalan hanya di antara satu hingga satu perpuluhan lima miter," ujarnya.

Menurutnya, sebelum ini larangaan yang sam telah dilaksanakan di Lebuh raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, Terowong Pintar (SMART) dan terowong-terowong lain di ibu kota.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan kempen keselakmatan 'Respect Your Limits' bersempena dengan Tahun Baru Cina di sini semalam.

Tarikh
Surat Khabar
Sinar Harian