Sistem amaran Smart dikaji | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan mengkaji smula mekanisme sistem amaran penutupan terowong Projek Pengurusan Air Banjir dan Terowong Jalan Raya (Smart) bagi membolehkan pengguna laluan berkenaan mendapat maklumat tepat dalam tempoh singkat.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Douglas Unggah Embas, berkata kajian semula dengan kerjasama Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) akan membolehkan penguna membuat keputusan segera menggunakan laluan alternatif sekali gus mengelak kesesakan teruk setiap kali terowong Smart ditutup selepas hujan lebat.

"Sistem amaran yang digunakan ketika ini iaitu menerusi papan litar maklumat (VMS) dan pengumaman menerusi media elektrik akan dipertikatkan termasuk memohon pengumuman amaran lebih kerap dilakukan menerusi radio.

"JPS juga sedang melihat mekanisme lain bagi meningkatkan sistem amaran bertujuan memberi masa yang cukup kepada pelbagai pihak termasuk syatikat konsesi, iaitu Syarikat Mengurus Air Banjir Terowong dan LLM untuk memaklumkan kepada pengguna laluan selewat-selewatnya sejam sebelum terowong ditutup," katanya.

Beliau berkata demikian pada siding media selepas mendengar taklimat daripada Ketua Pengarah JPS, Datuk Ahmad Husaini Sulaiman sempena lawatan kerja beliau kali pertama di jabatan itu, semalam.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Suboh Mohd Yassin. 

Douglas berkata hujan lebat sejak jam 6 petang Sabtu lalu menyebabkan terowong Smart dilimpahi air banjir sebanyak 1.2 juta meter padu dan jumlah itu adalah yang tertinggi dicatatkan sejak beroperasi Jun tahun lalu.

Terowong Smart mempunyi kapasiti untuk menampung air banjir sebanyak tiga juta meter padu.

Beliau berkata jabatan juga sedang mengkaji untuk memendekkan tempoh penutupan operasi terowong Smart untuk kerja penyelenggaraan daripa empat kepada dua hari bagi mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas.

Dalam perkembangan berkaitan, katanya, 67 peratus daripada peruntukan di bawah kementerian disalurkan untuk melaksanakan pelbagai projek JPS membabitkan peruntukan sebanyak RM4.66 bilion.

Katanya, sehingga kini 31 peratus projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) disiapkan termasuk projek Smart.

Beliau berkata JPS mengenal pasti sebanyak 29,720 kilometer persegi atau sembilan peratus daripada keluasan tanah di Negara ini berisiko dilanda banjir membabitkan 4.9 juta penduduk.

"Antara langkah bagi mengurangkan risiko banjir ialah melaksanakan kerja mendalam dan melebarkan sungai," katanya.

Sementara itu, Pengarah Terowong Smart, KJ Abraham, ketika memberikan taklimat berkata, operasi pengawalan tahap air di dalam teroawong dibahagikan kepada tiga tahap dengan tahap ketiga paling banyak iaitu pada paras melebihi 150 meter padu yang memerlukan kedua-dua laluan kenderaan ditutup untuk  mengalirkan air dari kolam takungan Sungai Berembang  menuju ke Taman Desa.

Mengikut anggaran, secara keseluruhan kedua-dua kolam takungan, terowong air dan laluan kenderaan di sepanjang projek Smart mampu menampung 4.6 juta meter padu air pada satu-satu masa, sekali gus mampu mengurang risiko Lembah Kelang ditenggelami air jika banjir besar.

Beliau berkata sejak beroperasi, terowong Smart merekodkan tahap kedua sebanyak 22 kali, manakala lima kali pada  tahap ketiga termasuk tiga kali penutupan terowong.

Katanya, langkah mengurangkan tempoh penutupan terowong dapat dilakukan jika terowong itu dilimpahi air banjir pada tahap maksimum tiga kali bagi membolehkan jabatan dan syarikat konsesi membuat pengesahan keselamatan terjamin untuk berbuat demikian.

 

 

Tarikh
Surat Khabar
Berita Harian