Bahagian Perancang Jalan | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

CARTA ORGANISASI BAHAGIAN PERANCANG JALAN

Alamat Jabatan

Bahagian Perancang Jalan,
Kementerian Kerja Raya Malaysia,
Tkt.2, Blok A,
Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur.
No. Telefon   :   03- 2771 4201
No. Faks       :   03-2711 3975

Visi

Menjadi pusat rujukan perancangan jalan raya dan perundingan trafik yang  mampan untuk negara.

Misi

Mewujudkan sistem rangkaian jalan raya yang efisien, selamat, terjamin, lestari alam sekitar,  mampan bagi mendukung perkembangan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat di Malaysia.

Objektif

Bahagian ini telah menggariskan objektif berikut dalam melaksanakan fungsi-fungsi di atas

  • Menyediakan data trafik melalui Road Traffic Volume Malaysia sebagai rujukan agensi kerajaan, pemain industri dan sektor akademik bagi tujuan perancangan rangkaian jalan raya dan lebuh raya yang komprehensif;
  • Menyediakan khidmat nasihat kepada agensi-agensi kerajaan dan negeri dalam hal-hal yang berkaitan dengan kejuruteraan trafik;
  • Menaik taraf infrastruktur keselamatan jalan raya bagi mengurangkan kadar kemalangan disebabkan kejuruteraan; dan
  • Meningkatkan keberkesanan rangkaian jalan raya, keselamatan dan keselesaan pengguna melalui kaedah teknologi sistem pengangkutan pintar.
Aktiviti-aktiviti dan Fungsi
  • Merangka dasar rangkaian lebuh raya/jalan raya Kebangsaan yang cekap, ekonomi dan selamat yang boleh menjana pembangunan sosio-ekonomi negara;

  • Menyelaras dan menyenaraiutamakan perancangan projek pembangunan KKR selaras dengan Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) dan Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya (HNDP);

  • Melaksanakan kajian kemungkinan untuk jalan raya/jambatan/lebuh raya baharu bagi menentukan daya maju projek;

  • Memberi ulasan perancangan projek lebuh raya baharu berserta membuat unjuran trafik melalui analisa trafik model bagi projek penswastaan;

  • Memantau perancangan dan pelaksanaan projek-projek kerja awalan dan kajian bukan fizikal;

  • Menyelaras secara bersepadu aktiviti perancangan jalan raya dengan perancangan guna tanah bagi sesuatu kawasan;

  • Merangka dan Menyelaras penjanaan perjalanan (Trip Generation rates);

  • Melaksanakan Program Banci Lalulintas Kebangsaan setiap tahun dan kajian kes trafik bagi memperolehi maklumat dan unjuran kapasiti serta lain-lain maklumat untuk tujuan perancangan jalan raya dan lebuh raya di Malaysia;

  • Membangunkan pelan strategik Pembangunan Jalan Raya (Highway Network Development Plan  (HNDP) – Semenanjung, Sabah & Sarawak) sebagai panduan bagi pembangunan projek-projek infrastruktur pada masa akan datang;

  • Menganalisis data kemalangan bagi mengenal pasti lokasi kerap berlaku kemalangan Blackspot;

  • Memantau dan menyelaras pelaksanaan program keselamatan jalan raya;

  • Menyediakan khidmat nasihat teknikal (tanah, alam sekitar, keselamatan dan trafik);

  • Melaksanakan Pengurusan Nilai (Value Assessment - VA) ke atas projek-projek RMLT KKR yang telah diluluskan;

  • Menyelaras dan menguruskan penyediaan Kajian Penilaian Outcome bagi projek pembangunan; dan

  • Memberi perkhidmatan teknikal bagi projek-projek yang melibatkan hubungan antarabangsa.

Piagam Pelanggan

Bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan untuk memberikan kepuasan kepada pengguna, Bahagian ini telah menyediakan piagam pelanggan berikut agar ianya dipatuhi oleh semua kakitangan yang terlibat:

  • Menerbitkan "Road Traffic Volume Malaysia" sebelum 30 Jun setiap tahun;

  • Menyediakan senarai lokasi Blackspot sebelum 30 Ogos setiap tahun;

  • Menyediakan ulasan unjuran trafik bagi projek penswastaan dalam tempoh 2 bulan; dan

  • Membayar tuntutan perunding dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan invois.