CARTA ORGANISASI BAHAGIAN DASAR DAN ANTARABANGSA

Kategori Bahagian
Alamat Jabatan
Tingkat 11, Blok B Kompleks Kerja Raya
Jalan Sultan Salahuddin
50580, Kuala Lumpur
Tel No : 03- 2771 5301
Fax No: 03- 2711 1024
Visi
Pemacu Dasar Industri Pembinaan Yang Bertaraf Antarabangsa.
Misi
Merangka dan memudahcara pelaksanaan Dasar Industri Pembinaan selaras dengan Aspirasi Pembangunan Negara.
Objektif
- Menyelaras dan memudahcara dalam menangani cabaran pembangunan Industri Pembinaan Negara.
- Meningkatkan tahap ketersediaan perkhidmatan Profesional dan personel binaan bertaraf Antarabangsa.
- Mengurus dan meningkatkan kerjasama Hubungan Dua Hala dan Pelbagai Hala berkaitan Industri Pembinaan.
- Memperkasakan Dasar Industri Pembinaan selaras dengan perkembangan teknologi dan inovasi terkini.
Aktiviti-aktiviti dan Fungsi
- Mengkaji, merancang, menilai , mengubal dasar-dasar baharu untuk sektor pembinaan(infrastruktur dan bangunan) selaras dengan pembangunan negara.
- Menyelaras kajian semula dan menilai dasar- dasar sedia ada sektor pembinaan (infrastruktur dan bagunan) selaras dengan pembangunan negara.
- Menyelaras dan mengurus hal- hal berkaitan urusan Mesyuarat Jemaah Menteri yang berkaitan dengan sektor pembinaan (infrasturuktur dan bangunan).:
- Menyelaras dan mengurus hal- hal berkjaitan urusan Parlimen yang berkaitan dengan sektor (infrasturuktur dan bangunan )
- Menyelaras dan memantau pelaksanaan dasar- dasar yang berkaitan dengan program- program inisiatif- inisiatif untuk pembinaan.
- Menyelaras input dan khidmat nasihat kepada Pengurusan Atasan Kemeneterian Kerja Raya berhubung isu- isu dasar berkaitan dengan sektor pembinaan.
- Menyelaras dan memantau jalinan kerjasama berkaitan denagan sektor pembinaan.
- Menjadi sekretariat dan focal point yang berkaitan dengan sektor pembinaan.
- Menyelaras dan menyediakan input bagi sektor pembinaan untuk penyediaan Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) dan Kajian Separuh Penggal (Midterm Review) Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT)
- Mengurus setia mesyuarat- mesyuarat utama yang dipengurusikan oleh YBM/ YBTM dan Pengurusan Tertinggi KKR.
- Menyelaras/ menjalankan kajian berkaitan dengan sektor pembinaan negara bagi tujuan perancangan masa hadapan..
- Menguruskan hal- hal yang berkaitan dengan badan- badan profesional di bawah Kementerian Kerja Raya.
- Menjadi pusat rujukan (Reference Center) Dasar berkaitan dengan sektor pembinaan.
- Menyelaras dan menguruskan hal- hal berkaitan dengan mesyuarat High Level Commnittee (HLC) yang berkaitan dengan sektor pembinaan.
- Menyelaras/ menjalankan kajian berkaitan dengan program YB Menteri/ YB Timbalan Menteri/ KSU/ TKSU yang berkaitan dengan sektor pembinaan.
- Menyelaras/ menjalankan kajian berkaitan dengan hubungan industri untuk sektor pembinaan.
Piagam Pelanggan
- Menyediakan ulasan memorandum Jemaah Menteri dan Nota Jemaah Menteri dalam tempoh 3(tiga) hari dari tarikh diterima.
- Menyediakan input, nota Ikhtisar dan teks ucapan dalam tempoh 14 hari dari tarikh arahan diterima.
- Memastikan pembentangan laporan tahunan dan penyata kewangan badan-badan berkanun di bawah Kementerian Kerja Raya di Parlimen dalam tempoh 3(tiga) bulan selepas Sijil Ketua Audit Negara di keluarkan.
- Menyediakan minit mesyuarat-mesyuarat utama dalam tempoh 3(tiga) hari.
- Memastikan mesyuarat Jawatankuasa IBS Kebangsaan diadakan 2(dua) kali setahun.
- Memastikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dasar KKR diadakan 4(empat) kali setahun.