Bahagian Akaun | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

CARTA ORGANISASI BAHAGIAN AKAUN

 

Bahagian Cawangan Unit
Alamat Jabatan

Bahagian Akaun,
Kementerian Kerja Raya Malaysia,
Tingkat 1, Blok A,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur,
Malaysia.

Tel    : 03-2711 4139
Faks : 03-2711 5457

Visi

Menjadi sebuah organisasi terbilang dalam menyediakan perkhidmatan perakaunan dan kewangan Kerajaan Persekutuan.

Misi
  • Menyediakan perkhidmatan bayaran yang efisien dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Menyediakan perkhidmatan perakaunan yang cekap.
  • Memberi khidmat nasihat dan auditan yang berkesan bagi memastikan pengurusan perakaunan dan kewangan di Pusat Tanggungjawab dilaksanakan mengikut peraturan.
  • Menyediakan maklumat pengurusan kewangan yang tepat.
Objektif
  • Memastikan perakaunan Kementerian Kerja Raya dilaksanakan dengan cekap, berkesan dan bertanggungjawab.
  • Menentukan satu sistem perakaunan yang sepatutnya diwujudkan dan pengawasan yang sesuai diadakan untuk mengelakkan kehilangan kerana penipuan atau kecuaian, tertakluk kepada penyeliaan am Pegawai Pengawal.
  • Menentukan hanya perbelanjaan yang dibenarkan diterima dan dibayar dalam tempoh yang telah ditetapkan serta diakaunkan dengan betul dan tepat.
  • Menentukan hasil yang diterima diakaunkan dengan betul dan tepat.
  • Melaporkan kepada Pegawai Pengawal apa-apa luar aturan yang berhubung dengan akaun awam yang dibawa kepada perhatiannya.
Aktiviti-aktiviti dan Fungsi
  • Menyelenggara akaun bagi urusniaga perbelanjaan, hasil dan amanah Kementerian;
  • Menyediakan Penyata Kewangan Kerajaan Kementerian;
  • Mengurus semua pembayaran bagi Vot Mengurus, Vot Pembangunan dan Akaun Amanah serta gaji;
  • Melaksanakan sistem perakaunan kerajaan yang dibangunkan;
  • Memantau pelaksanaan sistem perakaunan kerajaan melalui naziran dan memberi khidmat nasihat sistem perakaunan (iGFMAS) serta auditan Dokumen Akaun Terimaan; dan
  • Merancang, membangun dan melaksanakan program latihan/kursus perakaunan dan kewangan bagi meningkatkan kemahiran warga KKR.
Piagam Pelanggan

Kami bertekad untuk melaksanakan Pengurusan Perakaunan Kementerian Kerja Raya dengan cermat, cekap, berkesan, dan bertanggungjawab. Dalam melaksanakan tugas ini kami akan memastikan perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan disempurnakan seperti berikut :-

  • Melaksanakan proses pembayaran kepada pembekal/individu dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh arahan pembayaran diluluskan oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ);
  • Mengemukakan Penyata Kewangan Bulanan Kementerian kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) selewatnya 18hb bulan berikutnya.
  • Mengemukakan Laporan Naziran kepada Pusat Tanggungawab dalam tempoh 14 hari dari tarikh Mesyuarat Penutup Naziran.
  • Memastikan pembayaran emolumen mengikut tarikh/jadual hari pembayaran gaji tahunan yang ditetapkan.
  • Memberi maklumbalas berkaitan pertanyaan/ aduan pengguna iGFMAS dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.