Lawatan Timbalan Menteri Ke Projek Naiktaraf Parlimen Malaysia | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
1

Lawatan Timbalan Menteri Ke Projek Naiktaraf Parlimen Malaysia

KUALA LUMPUR, 24 OKTOBER 2019 - Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Tuan Haji Mohd Anuar Mohd Tahir telah mengadakan lawatan tapak projek bagi Kerja-Kerja Naiktaraf dan Baikpulih Bangunan Parlimen Malaysia (Fasa 3B) melibatkan pembinaan blok baru Ahli Parlimen dan pentadbiran termasuk tempat letak kereta, dewan serbaguna, pagar sempadan baru dan kerja-kerja berkaitan.

Taklimat dan penerangan telah disampaikan oleh Puan Maria Marcus yang mewakili Pasukan Projek Parlimen, JKR Malaysia dan secara keseluruhan kemajuan kerja bagi Fasa 3B ini berjalan dalam tempoh yang ditetapkan dan dijangka siap sepenuhnya pada Januari 2020.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6
7
8