Lawatan Kerja Timbalan Menteri Kerja Raya ke LDP E11 dan SPRINT E23 | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
1

Lawatan Kerja Timbalan Menteri Kerja Raya ke LDP E11 dan SPRINT E23

KUALA LUMPUR, 4 Mac – Satu lawatan kerja telah diatur bertujuan untuk mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai isu-isu semasa yang dihadapi oleh kedua-dua lebuh raya dalam Bandar ini.  Lawatan kerja ini diketuai oleh YB Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

YB Datuk Rosnah telah dibawa untuk melawat lokasi-lokasi yang kerap berlaku kesesakan khasnya pada waktu puncak (pagi dan petang) seperti di Bandar Utama (KM6.0 arah selatan), Taman Tun Dr. Ismail, Lebuhraya Persekutuan, Bandar Sunway dan Bandar Puchong dan ketika lawatan tersebut, penerangan telah disampaikan oleh En. Francisco Anthony Doss Penolong Pengurus Besar (Operasi), Lebuhraya Damansara-Puchong.

Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) siap dibina pada Disember 1998, merupakan laluan yang menghubungkan tempat-tempat utama di Lembah Klang, mempunyai 19 persimpangan bertingkat.  Ia melengkapkan Jalan Lingkaran Tengah II, di sebelah barat Lembah Klang. Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK) merupakan syarikat konsesi untuk LDP.

SISTEM Penyuraian Trafik KL Barat atau juga dikenali sebagai SPRINT adalah konsesi kepada tiga hubungan utama iaitu Hubungan Damansara, Hubungan Kerinchi dan Hubungan Penchala. Ketiga-tiga hubungan ini dibina khusus untuk mengurangkan kesesakan di sebelah barat Kuala Lumpur.

Turut sama dalam lawatan ini ialah Pn. Josephine Juliana Arul (TSUB-PP2), Kementerian Kerja Raya, Sr. Aziz Abdullah (TKP –B) Lembaga Lebuhraya Malaysia dan Pn. Zahratul U’la Binti Ibrahim, Pengarah Wilayah Tengah, Lembaga Lebuhraya Malaysia.

    

    Image removed.Image removed.Image removed.Image removed.Image removed.Image removed.

Tarikh Dan Waktu Acara