Kunjungan Dan Penyerahan Cenderahati Aidilfitri Kepada Warga KKR. | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
1

Kunjungan Dan Penyerahan Cenderahati Aidilfitri Kepada Warga KKR.

Kunjungan Dan Penyerahan Cenderahati Aidilfitri Kepada Warga KKR.

KUALA LUMPUR, 19 JUN 2020 - Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Dr. Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan meluangkan masa berkunjung ke setiap Bahagian dan Unit di Kementerian Kerja Raya (KKR) bagi menyampaikan cenderahati aidilfitri yang disediakan oleh Kelab Sukan Dan Rekreasi Kementerian Kerja Raya (KSKKKR).

Mengiringi beliau ialah Ybhg. Datuk Badrul Hisham Mohd, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Dasar Dan Pembangunan) bersama Ybhg. Dato' Ahmad Nazri Embong, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Pengurusan). Turut sama ialah Presiden KSKKKR, YBrs. En. Izamael Zamzuri Bin Ismail dan jawatankuasa induk KSKKKR.

KKR komited dalam menempuhi norma baharu bagi mengawal penularan wabak COVID-19 dengan mematuhi segala arahan dan pematuhan yang dikeluarkan oleh pihak berwajib namun dengan keberadaan seratus peratus operasi sektor kerajaan, pihak pengurusan tertinggi sentiasa mengambil berat kebajikan diantaranya dengan menyantuni secara langsung warga kerja di Kementerian Kerja Raya Malaysia.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11