Hari Psikologi KKR 2021 Meraikan Kehidupan | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
252836584_252008533632029_987390124436561083_n.jpg

Hari Psikologi KKR 2021 Meraikan Kehidupan

KUALA LUMPUR, 9 NOVEMBER 2021 - Sambutan Hari Psikologi KKR bagi tahun 2021 anjuran Cawangan Pengurusan Psikologi, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia KKR telah diadakan bertempat di perkarangan Aras 6, Blok B dan juga perkarangan Blok C Kementerian Kerja Raya Malaysia. 

Majlis ini diadakan bersempena dengan Bulan Kaunseling dan Bulan Kesedaran Kesihatan Mental Sedunia dan telah dirasmikan oleh Menteri Kanan Kerja Raya Malaysia, Yang Berhormat Dato' Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof.

Bertemakan "Meraikan Kehidupan", tema ini dipilih bagi menyemarakkan nilai penghargaan terutama dari aspek psikologi seperti kepentingan interaksi  dalam masyarakat, percaya diri dan kesedaran berkaitan kesihatan mental dan fizikal. Semua ini berteraskan kepada konsep kebersamaan sebagai sebuah keluarga dalam memahami kepentingan perhubungan sosial, yang selama ini menjadi tunjang kepada perkembangan yang sihat dalam masyarakat dan mencapai kesihatan mental yang baik.

Menteri Kanan Kerja Raya turut melancarkan buku Psycho-Pedia yang merupakan produk Cawangan Pengurusan Psikologi dan telah diserahkan kepada Ketua-ketua Agensi di bawah KKR. 

Dua sesi ceramah berkisar topik Menghargai dan Meraikan Kehidupan telah diadakan bertempat di Dewan Tanjung Kompleks Kerja Raya menampilkan Puan Low Ngai Yuen seorang Selebriti dan Puan Nurul Hidayah Mat Sarif, Pegawai Psikologi Hospital Selayang.  

Pelbagai aktiviti menarik lain telah diatur seperti Kempen Derma Darah, Pemeriksaan Kesihatan Gigi, Pusat Pungutan Zakat MAIWP, Kaunter PTPTN, Jabatan Pengangkutan Jalan, Andalusia Travel & Tours, LPPKN, AKRAB KKR, jualan warga kerja dan food truck.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
 250784893_252008563632026_9178672745671897309_n.jpg
 251005968_252008853631997_5881462838514644180_n.jpg
 251336780_252008640298685_6886541340811834534_n.jpg
 252073969_252009436965272_7240101803894487315_n.jpg
 252115852_252009833631899_2967865520441431926_n.jpg
 252297723_252010203631862_5664923257278521574_n.jpg
 252416448_252009796965236_6490696205253026944_n.jpg
 252690785_252008786965337_6542142014434959746_n.jpg
 252793544_252009813631901_5676305616501632125_n.jpg
 252856411_252009283631954_8547463752728064438_n.jpg
 253219984_252008626965353_7821558498820510932_n.jpg
 253718950_252008776965338_6561209137758088677_n.jpg
 254293755_252008673632015_1269733890158739738_n.jpg
 255334013_252009350298614_8363171107963575202_n.jpg