Hari Psikologi KKR 2021 Meraikan Kehidupan
KUALA LUMPUR, 9 NOVEMBER 2021 - Sambutan Hari Psikologi KKR bagi tahun 2021 anjuran Cawangan Pengurusan Psikologi, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia KKR telah diadakan bertempat di perkarangan Aras 6, Blok B dan juga perkarangan Blok C Kementerian Kerja Raya Malaysia.
Majlis ini diadakan bersempena dengan Bulan Kaunseling dan Bulan Kesedaran Kesihatan Mental Sedunia dan telah dirasmikan oleh Menteri Kanan Kerja Raya Malaysia, Yang Berhormat Dato' Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof.
Bertemakan "Meraikan Kehidupan", tema ini dipilih bagi menyemarakkan nilai penghargaan terutama dari aspek psikologi seperti kepentingan interaksi dalam masyarakat, percaya diri dan kesedaran berkaitan kesihatan mental dan fizikal. Semua ini berteraskan kepada konsep kebersamaan sebagai sebuah keluarga dalam memahami kepentingan perhubungan sosial, yang selama ini menjadi tunjang kepada perkembangan yang sihat dalam masyarakat dan mencapai kesihatan mental yang baik.
Menteri Kanan Kerja Raya turut melancarkan buku Psycho-Pedia yang merupakan produk Cawangan Pengurusan Psikologi dan telah diserahkan kepada Ketua-ketua Agensi di bawah KKR.
Dua sesi ceramah berkisar topik Menghargai dan Meraikan Kehidupan telah diadakan bertempat di Dewan Tanjung Kompleks Kerja Raya menampilkan Puan Low Ngai Yuen seorang Selebriti dan Puan Nurul Hidayah Mat Sarif, Pegawai Psikologi Hospital Selayang.
Pelbagai aktiviti menarik lain telah diatur seperti Kempen Derma Darah, Pemeriksaan Kesihatan Gigi, Pusat Pungutan Zakat MAIWP, Kaunter PTPTN, Jabatan Pengangkutan Jalan, Andalusia Travel & Tours, LPPKN, AKRAB KKR, jualan warga kerja dan food truck.
- Log in to post comments