EKSPO TEKNOLOGI JALAN DAN TRAFIK MY-ASEAN (MY-ARTTE) SERTA KONVENSYEN PENYENGGARA JALAN RAYA MALAYSIA (MRMC) 2025 BAKAL DIADAKAN 3-5 NOVEMBER 2025 DI MITEC KUALA LUMPUR
KUALA LUMPUR - Hari ini Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim hadir mewakili Menteri Kerja Raya menyempurnakan Pra Pelancaran Ekspo Teknologi Jalan Raya & Trafik MY-ASEAN (My-ARTTE) dan Konvensyen Penyenggara Jalan Raya Malaysia (MRMC) 2025 bertempat di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC).
Ekspo yang julung kalinya dianjurkan oleh Persatuan Syarikat-syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) melalui kerjasama strategik dengan Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bakal diadakan pada 3 hingga 5 November ini menghimpunkan pakar industri, pemain teknologi dan penyedia penyelesaian pintar dalam sektor jalan raya, lebuh raya serta mobiliti bandar.
Antara fokus utama:
- Inovasi pembinaan jalan & lebuh raya moden
- Sistem keselamatan & pemantauan trafik pintar
- Transformasi digital dengan AI, Big Data & IoT
- Teknologi terowong & jambatan
- Sistem Pengangkutan Pintar (ITS)
- Mobiliti bandar & parkir pintar
- Log in to post comments