EKSPO TEKNOLOGI JALAN DAN TRAFIK MY-ASEAN (MY-ARTTE) SERTA KONVENSYEN PENYENGGARA JALAN RAYA MALAYSIA (MRMC) 2025 BAKAL DIADAKAN 3-5 NOVEMBER 2025 DI MITEC KUALA LUMPUR | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

EKSPO TEKNOLOGI JALAN DAN TRAFIK MY-ASEAN (MY-ARTTE) SERTA KONVENSYEN PENYENGGARA JALAN RAYA MALAYSIA (MRMC) 2025 BAKAL DIADAKAN 3-5 NOVEMBER 2025 DI MITEC KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR - Hari ini Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim hadir mewakili Menteri Kerja Raya menyempurnakan Pra Pelancaran Ekspo Teknologi Jalan Raya & Trafik MY-ASEAN (My-ARTTE) dan Konvensyen Penyenggara Jalan Raya Malaysia (MRMC) 2025 bertempat di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Ekspo yang julung kalinya dianjurkan oleh Persatuan Syarikat-syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) melalui kerjasama strategik dengan Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bakal diadakan pada 3 hingga 5 November ini menghimpunkan pakar industri, pemain teknologi dan penyedia penyelesaian pintar dalam sektor jalan raya, lebuh raya serta mobiliti bandar.

Antara fokus utama:

  •  Inovasi pembinaan jalan & lebuh raya moden
  • Sistem keselamatan & pemantauan trafik pintar
  • Transformasi digital dengan AI, Big Data & IoT
  • Teknologi terowong & jambatan
  • Sistem Pengangkutan Pintar (ITS)
  • Mobiliti bandar & parkir pintar
Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2