Bicara Hari Profesion Teknikal Negara 2019 Di Rancangan Selamat Pagi Malaysia, RTM
Bicara Hari Profesion Teknikal Negara 2019 Di Rancangan Selamat Pagi Malaysia, RTM
KUALA LUMPUR, 30 NOVEMBER 2019 - Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Dr. Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan bersiaran secara langsung dari Wisma Berita, Angkasapuri di rancangan Selamat Pagi Malaysia bagi mempromosikan Hari Profesion Teknikal Negara 2019 (HPTN 2019).
HPTN 2019 akan berlangsung pada 3 dan 4 Disember 2019 bertempat di Pusat Konvensyen Telekom Malaysia (TM Convention Centre) bertujuan menghargai jasa Profesion Teknikal atas sumbangan mereka terhadap kemajuan infrastruktur, pembangunan dan pemodenan negara.
Pelbagai aktiviti telah diatur antaranya Pameran Teknikal, Kerjaya Dan Akademik, Pembentangan Teknikal dan Akademik oleh Selebriti Jemputan iaitu Dato' Norman Abdul Halim (Animasi KRU Studios), Nurizzati Athirah binti Muhamad Yusoff (Jurukimpal Dasar Laut Wanita Pertama Negara), Datuk Ir. Hj. Wan Nazri bin Wan Aria (Perekabentuk Menara Jam Mekah) dan Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha (Angkasawan Negara).
Turut diadakan sempena HPTN2019 ialah pertandingan E-Sports serta Pertandingan Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM) antara sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi.
- Log in to post comments