TENDER TERBUKA PERKHIDMATAN PERUNDING KEJURUTERAAN ELEKTRIK BAGI PEMBANGUNAN 130 UNIT KUARTERS SERTA SEBUAH BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT KATEGORI B DI KOTA KEMUNING, SELANGOR
CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
03-2618 9867
TENGKU MARISSA BINTI TENGKU AHMAD
CKE / TENGKUMARISSA@JKR.GOV.MY
KATEGORI PERUNDING: JURUTERA ELEKTRIK
BIDANG PERUNDING: 330103
WAJIB
MAKLUMAT LAWATAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
TARIKH LAWATAN:
MASA LAWATAN:
LOKASI LAWATAN: TIDAK BERKENAAN
MAKLUMAT TAKLIMAT ADALAH SEPERTI BERIKUT:
TARIKH TAKLIMAT: 21/08/2026
MASA TAKLIMAT: 10:00 AM
LOKASI TAKLIMAT: https://meet.google.com/yvt-thux-bey
| MAKLUMAT DOKUMEN | ||||
| HARGA | RM 50 | |||
| MAKLUMAT BAYARAN |
BAYARAN TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN SEKIRANYA PETENDER GAGAL MEMENUHI SYARAT-SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN. | |||
| TARIKH MULA DIJUAL | 24/08/2026 | |||
| TARIKH AKHIR DIJUAL | 01/09/2026 | |||
| TEMPAT DIJUAL | JOMPAY | |||
| WAKTU TUTUP JUAL TENDER | 05:00 PM | |||
| TEMPAT DITUTUP | SECARA ATAS TALIAN | |||
| TARIKH TENDER DITUTUP | 22/09/2026 | |||
| WAKTU TENDER DITUTUP | 12:00 PM | |||
| NOTA | Syarat Utama Pelawaan: 1. Berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah kod bidang yang ditetapkan dan tempoh pendaftaran masih sah sekurang-kurangnya tiga (3) bulan daripada tarikh tender diiklankan 2. Berdaftar dengan Lembaga Profesional dan tempoh pendaftaran masih sah semasa tarikh tutup tender. Petender WAJIB MENGISI BORANG SARINGAN WAJIB di pautan https://forms.gle/xpafFZT54iEkw14y9 bermula dari 12 OGOS 2026 (RABU) hingga 18 OGOS 2026 (SELASA) sebelum jam 11.59 malam. Hanya petender yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan melepasi saringan akan menerima e-mel bagi Taklimat Tender. Mana-mana syarikat yang tidak melalui proses saringan tetapi menghadiri taklimat tender, kehadirannya tidak akan diambil kira dan tidak dibenarkan untuk menyertai tender. Petender yang telah menghadiri Taklimat Tender sahaja yang akan menerima e-mel yang menyatakan nombor akaun, nama penerima, jumlah bayaran harga jualan dokumen dan kaedah bayaran. Bayaran hendaklah dibuat dalam tempoh empat (4) hari selepas penerimaan e-mel daripada Pegawai Mengurus Tender. Mana-mana syarikat yang tidak menghadiri taklimat tender tetapi membuat bayaran dokumen, bayaran tersebut tidak diambil kira dan tidak akan dipulangkan kerana tidak menepati syarat kehadiran taklimat tender. Hanya petender yang LAYAK dan telah mengemukakan slip bayaran akan menerima nama pengguna atau pautan muat turun melalui e-mel untuk memuat turun Dokumen Tender daripada JCloud. Pautan kepada JCloud adalah melalui https://jcloud.jkr.gov.my. Tempoh muat turun Dokumen Tender adalah 24 OGOS 2026 (ISNIN) pukul 12.00 tengah malam sehingga 01 SEPTEMBER 2025 (SELASA) pukul 11.59 malam. Dokumen Tender boleh dikemukakan secara SERAHAN TANGAN dengan mematuhi Prosedur Operasi Piawai (SOP) yang disediakan di dalam Arahan Kepada Petender sebelum atau pada 22 SEPTEMBER 2026 (SELASA) jam 12.00 tengahari. Dokumen Tender akan direkodkan sebagai LEWAT DAN TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sekiranya dikemukakan pada jam 12.01 tengahari dan ke atas. Cadangan Tenikal dan Cadangan Kos hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat BERASINGAN yang berlakri dan ditandakan “CADANGAN TEKNIKAL” dan “CADANGAN KOS” di sebelah kiri setiap sampul surat berkenaan dan dialamatkan seperti di atas. Segala urusan petender sama ada secara serahan tangan hendaklah sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Piawai (Standard Operating Procedure – SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan sepanjang masa. | |||