TENDER TERBUKA PERKHIDMATAN PERUNDING ELEKTRIK BAGI KERJA AWALAN MENAIK TARAF JALAN PUTATAN (R01S) DARI PERSIMPANGAN LAPANGAN TERBANG KE PERSIMPANGAN PUTATAN, PUTATAN, SABAH (REKA BENTUK & PENGAMBILAN TANAH)
UNIT PERUNDING REKABENTUK JALAN & PENGANGKUTAN, CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
NUR AMIRAH BINTI ABU HASSAN
017-9918614/03-26189982 / NURAMIRAHH@JKR.GOV.MY
KATEGORI PERUNDING
KATEGORI PERUNDING: JURUTERA ELEKTRIK
BIDANG PERUNDING: 330103
SUB BIDANG PERUNDING: KEJURUTERAAN ELEKTRIK
TIADA LAWATAN TAPAK
MAKLUMAT TAKLIMAT ADALAH SEPERTI BERIKUT:
TARIKH TAKLIMAT: 23/07/2026
MASA TAKLIMAT: 10:00 AM
LOKASI TAKLIMAT: ATAS TALIAN - https://meet.google.com/vbf-mmcy-fzg
| MAKLUMAT DOKUMEN | ||||
| HARGA | RM 10 | |||
| MAKLUMAT BAYARAN |
BAYARAN TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN SEKIRANYA PETENDER GAGAL MEMENUHI SYARAT-SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN. | |||
| TARIKH MULA DIJUAL | 06/08/2026 | |||
| TARIKH AKHIR DIJUAL | 13/08/2026 | |||
| TEMPAT DIJUAL | ATAS TALIAN - SISTEM JET | |||
| WAKTU TUTUP JUAL TENDER | 05:00 PM | |||
| TEMPAT DITUTUP | ATAS TALIAN - SISTEM JET | |||
| TARIKH TENDER DITUTUP | 03/09/2026 | |||
| WAKTU TENDER DITUTUP | 12:00 PM | |||
| NOTA | 1) LAWATAN TAPAK DAN TAKLIMAT TENDER: a) Tiada lawatan tapak untuk tender ini . b) Kehadiran Taklimat Tender secara atas talian adalah DIWAJIBKAN di pautan google meet https://meet.google.com/vbf-mmcy-fzg pada 23 Julai 2026 (Khamis), jam 10.00 Pagi. c) Petender yang telah menghadiri Taklimat Tender sahaja yang akan menerima e-mel yang menyatakan nombor akaun, nama penerima, jumlah bayaran harga jualan dokumen dan kaedah bayaran. Mana-mana syarikat yang tidak menghadiri taklimat tender tetapi membuat bayaran dokumen, bayaran tersebut tidak diambil kira dan tidak akan dipulangkan kerana tidak menepati syarat kehadiran taklimat tender 2) PENDAFTARAN PERUNDING: a) Berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah kod bidang yang ditetapkan dan tempoh pendaftaran masih sah sekurang-kurangnya tiga (3) bulan daripada tarikh tender diiklankan b) Berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia dan tempoh pendaftaran masih sah semasa tarikh tutup tender c) Mengemukakan Tax Compliance Certificate (TCC) dari Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDNM) bersama dokumen tender semasa mengemukakan tawaran. TCC yang dikemukakan hendaklah berstatus “PATUH” dan sah dalam tempoh tahun semasa perolehan. 3)MENGISI BORANG SARINGAN a) Petender WAJIB MENGISI BORANG SARINGAN WAJIB di pautan https://forms.gle/ArNcZfNtZpugTnUz5 bermula dari 16 Julai 2026 (Khamis) hingga 21 Julai 2026 (Selasa) sebelum jam 11.59 malam. Hanya petender yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan melepasi saringan akan menerima e-mel bagi Taklimat Tender. Mana-mana Petender/Syarikat yang tidak melalui proses saringan tetapi menghadiri taklimat tender, kehadirannya tidak akan diambil kira dan tidak dibenarkan untuk menyertai tender. 4) MUAT TURUN DOKUMEN TENDER ATAS TALIAN a) Hanya petender yang LAYAK dan telah mengemukakan slip bayaran akan menerima nama pengguna atau pautan muat turun melalui e-mel untuk memuat turun Dokumen Tender daripada JCloud. Pautan kepada JCloud adalah melalui https://jcloud.jkr.gov.my. Tempoh muat turun Dokumen Tender adalah pada 06 Ogos 2026 (Khamis) bermula jam 12.00 tengah malam sehingga 13 Ogos 2026 (Khamis), jam 11.59 malam. 5) PENYERAHAN DOKUMEN TENDER a) Dokumen Tender hendaklah dikemukakan secara SERAHAN TANGAN dengan mematuhi Prosedur Operasi Piawai (SOP) yang disediakan di dalam Arahan Kepada Petender sebelum atau pada 3 September 2026, jam 12.00 tengahari. Dokumen Tender akan direkodkan sebagai LEWAT DAN TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sekiranya dikemukakan pada jam 12.01 tengahari dan ke atas. Cadangan Tenikal dan Cadangan Kos hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat BERASINGAN yang berlakri dan ditandakan “CADANGAN TEKNIKAL” dan “CADANGAN KOS” di sebelah kiri setiap sampul surat berkenaan dan dialamatkan seperti di atas. Segala urusan petender sama ada secara serahan tangan hendaklah sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Piawai (Standard Operating Procedure – SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan sepanjang masa. 6) PERINGATAN: Pejabat Mengurus Tender (PMT) tidak akan bertanggungjawab di atas kecuaian petender dalam memastikan kesempurnaan penerimaan emel, isu pembayaran dan dokumen yang dimuat turun. | |||