PEMASANGAN ELEKTRIK UNTUK PEMBINAAN PEJABAT METEOROLOGI KEDAH YANG BAHARU
CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK IBU PEJABAT KUALA LUMPUR
Sebut Harga adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Taraf Bumiputera (STB) serta Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang masih sah dalam Gred G4/G5/G6/G7 Kategori ME Pengkhususan E04, E11, E17 & E32 yang berdaftar di negeri Kedah sahaja.
ME
E04,E11,E17 & E32
Taklimat Sebut Harga adalah diwajibkan. Taklimat Sebut Harga akan diadakan pada 25hb. Jun 2026, jam 10.00 pagi secara atas talian melalui pautan https://meet.google.com/wkd-hqyn-wea. Hanya penama di dalam sijil pendaftaran CIDB dibenarkan menyertai taklimat dan syarikat tidak boleh mewakilkan selain daripada penama bagi sesi Taklimat Sebut Harga. Syarikat yang tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan tidak akan dibenarkan menyertai sesi Taklimat Sebut Harga tersebut.
Penyebutharga WAJIB mengemukakan TCC, Borang Pengisytiharan Pemunya Benefisial (BO), Borang Akuan Menangani Jenayah Pemerdagangan Orang Dan Buruh Paksa (SA) bersama-sama dokumen sebut harga semasa mengemukakan tawaran. Penyebutharga boleh membuat semakan dan cetakan TCC secara kendiri melalui menu status MyTax di portal MyTax iaitu https://mytax.hasil.gov.my. Portal MyTax boleh diakses menggunakan nombor kad pengenalan / pasport dan kata laluan seperti mana pembayar cukai mendaftar masuk bagi tujuan pengemukaan borang nyata cukai pendapatan (BNCP) melalui aplikasi e-filing. TCC yang dikemukakan hendaklah berstatus "patuh" dan sah dalam tempoh tahun semasa perolehan.
Dokumen Sebut Harga hanya boleh dimuat turun (Download) melalui pautan (Link URL) yang akan di e-melkan kepada kontraktor yang melepasi kriteria dan menghadiri Taklimat Sebut Harga. Tempoh untuk muat turun Dokumen Sebut Harga adalah bermula 25hb. Jun 2026 sehingga 2hb. Julai 2026.
Dokumen Sebut Harga dalam bentuk salinan cetak (hardcopy) yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dengan hanya serahan tangan di alamat: Ketua Jurutera Elektrik Negeri, JKR Elektrik Negeri Kedah Kawasan Perusahaan Mergong 05582 Alor Setar, Kedah Darul Aman TIDAK LEWAT DARI JAM 12.00 tengahari, 9hb. Julai 2026.
Sebarang pertanyaan sila e-mel ke fadhlin@jkr.gov.my atau bazli@jkr.gov.my.