PERKHIDMATAN PERUNDINGAN BAGI KERJA AWALAN BAGI PROJEK LEBUHRAYA PANTAI TIMUR 4 DARI ULU TIRAM KE MERSING, JOHOR
BAHAGIAN PERANCANG JALAN, KEMENTERIAN KERJA RAYA
Kod Bidang
340201 - Kajian Rangkaian Pengangkutan
atau
340202 - Kajian Trafik
tempoh pendaftaran hendaklah masih sah sekurang-kurangnya tiga (3) bulan daripada tarikh tender ini diiklankan
TIADA
Taklimat tender secara fizikal akan diadakan pada 7 Mei 2026. Hanya
petender yang melepasi tapisan saringan wajib sahaja akan diberikan notis jemputan sesi taklimat tender.
Petender yang memenuhi syarat-syarat pendaftaran dan berminat hendaklah WAJIB mengisi Borang Saringan Wajib yang boleh dicapai
melalui pautan berikut https://forms.gle/oWtgHEzmhS9QGmqo9 pada tarikh yang ditetapkan iaitu bermula dari 29 April 2026 sehingga 5 Mei
2026 sebelum jam 11.59 malam.
Petender yang LAYAK SAHAJA (melepasi saringan wajib) akan menerima e-mel jemputan untuk menghadiri sesi taklimat tender secara fizikal. Petender yang layak diwajibkan menghadiri sesi taklimat tender dan hendaklah membuat pengesahan kehadiran melalui pautan google form yang akan disediakan oleh urusetia dalam sesi taklimat tender berkenaan.
Dokumen Pelawaan akan diedar secara atas talian bagi pembida yang layak (melepasi tapisan saringan wajib dan menghadiri sesi taklimat tender) dan selepas slip bayaran diterima SAHAJA bermula Jumaat, 8 Mei 2026
Petender yang LAYAK SAHAJA (melepasi saringan wajib dan menghadiri sesi taklimat tender) akan menerima e-mel untuk membuat pembayaran secara atas talian. Petender yang layak hendaklah membuat pembayaran melalui perbankan atas talian menerusi JomPAY sahaja dalam tempoh lima (5) hari selepas menerima e-mel yang mengandungi maklumat pembayaran. Dokumen pelawaan dijual dengan kadar RM50.00 bagi setiap satu (1) set.
Hanya petender yang layak dan telah mengemukakan slip bayaran akan menerima e-mel daripada urusetia yang mengandungi nama
pengguna berserta kata laluan dan pautan untuk memuat turun Dokumen Pelawaan dalam tempoh yang ditetapkan.
Cadangan Teknikal dan Cadangan Kos yang telah dilengkapkan hendaklah dikemukakan secara serahan tangan dengan mematuhi
Prosedur Operasi Piawai (SOP) yang disediakan di dalam Arahan Kepada Petender sebelum atau pada Tarikh Tutup Tender 2 Jun 2026 (12:00 tengah hari). Dokumen CadanganTeknikal dan Cadangan Kos yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.