MENYIAPKAN BAKI KERJA PROJEK PEMBINAAN MAHKAMAH BAHARU TEMERLOH, PAHANG
BAHAGIAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN, JKR NEGERI PAHANG, TINGKAT 12,
KOMPLEKS TUN RAZAK, BANDAR INDERA MAHKOTA, 25582 KUANTAN, PAHANG
TERBUKA
T1
B
B01 & B04
PUKONSA
KELAS: A
TAJUK: II
TAJUK KECIL: 2(A)
UPKJ
KELAS: A
KEPALA: II
SUB KEPALA: 2(A), 2(B) & 4
SIJIL-SIJIL LAIN
SIJIL KONTRAKTOR PENYIAP (WAJIB)
WAJIB
MAKLUMAT LAWATAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
TARIKH LAWATAN: 10/03/2025
MASA LAWATAN: 10:00 AM
LOKASI LAWATAN: PERKARANGAN BELAKANG BANGUNAN JKR DAERAH TEMERLOH
MAKLUMAT TAKLIMAT ADALAH SEPERTI BERIKUT:
TARIKH TAKLIMAT: 10/03/2025
MASA TAKLIMAT: 10:00 AM
LOKASI TAKLIMAT: Perkarangan Belakang Bangunan JKR Daerah Temerloh
| MAKLUMAT DOKUMEN | ||
| HARGA | RM 1000 | |
| MAKLUMAT BAYARAN |
| |
| TARIKH MULA DIJUAL | 17/03/2025 | |
| TARIKH AKHIR DIJUAL | 27/03/2025 | |
| TEMPAT DIJUAL | ATAS TALIAN | |
| WAKTU TUTUP JUAL TENDER | 05:00 PM | |
| TEMPAT DITUTUP | ATAS TALIAN | |
| TARIKH TENDER DITUTUP | 18/04/2025 | |
| WAKTU TENDER DITUTUP | 12:00 PM | |
| NOTA | PELAWAAN INI HANYA TERBUKA KEPADA PETENDER YANG MEMPUNYAI SIJIL KONTRAKTOR PENYIAP OLEH KKR DALAM GRED G7, KATEGORI B, PENGKHUSUSAN B01 & B04 Proses tender ini dilaksanakan secara dalam talian melalui Sistem JET. a) Petender yang berminat menyertai tender ini hendaklah membuat pendaftaran dalam portal https://tender.jkr.gov.my. Pendaftaran akaun pengguna (kontraktor) hanya perlu dibuat sekali sahaja dengan menggunakan nama syarikat yang berkenaan. b) Hanya petender berdaftar sahaja boleh menyertai tender yang menggunakan Sistem JET. Langkah-langkah untuk membuka akaun dan mendaftar masuk sistem boleh dirujuk menerusi Manual Pengguna yang boleh dimuat turun melalui portal Sistem JET. c) Kontraktor yang telah berdaftar dengan Sistem JET akan menerima ID dan kata laluan untuk log masuk, melihat paparan iklan, membeli dan mengemukakan dokumen tender. d) Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi secara dalam talian melalui Sistem JET. TAKLIMAT TENDER & LAWATAN TAPAK : a) Taklimat Tender & Lawatan tapak adalah WAJIB bagi semua petender. Permohonan menghadiri lawatan tapak hendaklah dibuat melalui Sistem JKR E-Tender (JET) . b) Petender diminta untuk membawa Cop Syarikat Beralamat untuk memudahkan urusan pendaftaran semasa taklimat tender & lawatan tapak dijalankan. c) Hanya Penama dalam PPK dan SPKK atau PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan untuk menyertai taklimat tender dan lawatan tapak. PEMBELIAN DOKUMEN TENDER : a) Kontraktor yang LAYAK perlu memuatnaik salinan (dalam format *pdf) Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dengan CIDB dan Sijil Kontraktor Penyiap oleh KKR ; dan bukti pembayaran (Slip JomPAY) bagi tujuan pembelian dokumen tender. b) KEBENARAN KHAS daripada CIDB adalah TIDAK DIBENARKAN untuk pengkhususan bidang kerja yang ditetapkan. c) Dokumen tender hanya akan dijual kepada Kontraktor yang LAYAK berdasarkan kepada maklumat pendaftaran dan bukti pembayaran yang dikemukakan. Bayaran TIDAK akan dikembalikan sekiranya petender gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. PERINGATAN : Pejabat Mengurus Tender (PMT) tidak akan bertanggungjawab di atas kecuaian Kontraktor dalam memastikan kesempurnaan penerimaan emel, isu pembayaran dan dokumen yang dimuat turun. | |