PEMBINAAN BANGUNAN BAHARU 6 BILIK DARJAH, 6 BILIK DARJAH PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI DAN LAIN-LAIN KEMUDAHAN DI SK TITI TERAS, BARAT DAYA, PULAU PINANG (PBA3013)
Bahagian Pendidikan 2, Cawangan Kontrak & Ukur Bahan, Ibu Pejabat JKR Malaysia
03-26165524
NORADLIN FARINA BINTI MOHD JAMIL/MOHD YAZID BUSTHOMI AHMAD RAFFIEE
03-26165519 / NORADLINF@JKR.GOV.MY
BUMIPUTERA
B
CIDB
Perakuan Pendaftaran Kontraktor
Gred G7, Kategori B, Pengkhususan, B01 & B04;
dan
Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK);
atau
PUKONSA Kelas A, Tajuk II, Tajuk Kecil 2a & 4
atau
UPKJ Kelas A, Kepala II, Sub-kepala 2(a) & 2(b)
*Hanya syarikat yang berdaftar dengan sistem JET sahaja yang dibenarkan menyertai tender
*KEBENARAN KHAS daripada CIDB atau PUKONSA atau UPKJ TIDAK DIBENARKAN untuk pengkhususan bidang kerja yang ditetapkan
PERHATIAN
Harga Dokumen & Cara Bayaran Dokumen
Sila rujuk Sistem JET sebelum membuat bayaran
Harga Dokumen: RM 500.00
Kaedah Bayaran: Melalui JomPay
Biiler Code: 177501
Ref-1: Nombor Tender JKR / CKUB / 22762 / 2023
Ref-2: Nama Syarikat
Tarikh Bayaran: 29/09/2023 (Jumaat) – 3/10/2023 (Selasa)
Waktu Tutup Jualan : Sebelum jam 5.00 petang
Tarikh Edaran Dokumen: 5/10/2023 (Khamis)
Bayaran tidak akan dikembalikan sekiranya petender gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Tempat, Tarikh & Waktu Tender Ditutup
Tempat: Secara atas talian melalaui Sistem JKR E-Tender (JET) https://tender.jkr.gov.my
Tarikh Tutup Tender: 26/10/2023 (Khamis)
Waktu: Sebelum jam 12.00 tengahari
NOTA
JKR E-TENDERING (SISTEM JET) :
Proses tender ini dilaksanakan secara dalam talian melalui Sistem JET.
a) Petender yang berminat menyertai tender ini hendaklah membuat pendaftaran dalam portal https://tender.jkr.gov.my . Pendaftaran akaun pengguna (kontraktor) hanya perlu dibuat sekali sahaja dengan menggunakan nama syarikat yang berkenaan.
b) Hanya petender berdaftar sahaja boleh menyertai tender yang menggunakan Sistem JET. Langkah-langkah untuk membuka akaun dan mendaftar masuk sistem boleh dirujuk menerusi Manual Pengguna yang boleh dimuat turun melalui portal Sistem JET.
c) Kontraktor yang telah berdaftar dengan Sistem JET akan menerima ID dan kata laluan untuk log masuk, melihat paparan iklan, membeli dan mengemukakan dokumen tender.
d) Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi secara dalam talian melalui Sistem Jet.
TAKLIMAT & LAWATAN TAPAK :
a) Taklimat & Lawatan tapak adalah WAJIB bagi semua petender. Permohonan menghadiri lawatan tapak hendaklah dibuat melalui Sistem JKR E-Tender (JET) .Hanya petender yang mendapat pengesahan kehadiran sahaja daripada Pejabat Mengurus Tender (PMT) dibenarkan hadir untuk ke lawatan tapak tersebut.
b) Segala Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Kerajaan yang berkaitan hendaklah dipatuhi. Sila bawa Cop Syarikat Beralamat untuk memudahkan urusan pendaftaran semasa taklimat tender & lawatan tapak dijalankan.
PEMBELIAN DOKUMEN TENDER :
a) Kontraktor yang LAYAK perlu memuatnaik salinan (dalam format *pdf) Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dengan CIDB atau Sijil UPKJ atau Sijil PUKONSA dan Sijil Taraf Bumiputera (STB); dan bukti pembayaran (Slip JomPAY) bagi tujuan pembelian dokumen tender.
b) Dokumen tender hanya akan dijual kepada Kontraktor yang LAYAK berdasarkan kepada maklumat pendaftaran dan bukti pembayaran yang dikemukakan. Bayaran TIDAK akan dikembalikan sekiranya petender gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
c) Petender yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan akan menerima e-mel pemakluman bagi pengesahan pembelian Dokumen Tender dan boleh memuat turun Dokumen Tender secara salinan lembut (softcopy) melalui Sistem JET.
PERINGATAN : Pejabat Mengurus Tender (PMT) tidak akan bertanggungjawab di atas kecuaian Kontraktor dalam memastikan kesempurnaan penerimaan emel, isu pembayaran dan dokumen yang dimuat turun.
Taklimat tender dan lawatan tapak adalah DIWAJIBKAN
27/09/2023 (Rabu)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Bilik Komputer SK Titi Teras, Barat Daya, Pulau Pinang
Permohonan menghadiri taklimat & lawatan tapak dibuat melalui Sistem JET
*Hanya yang disahkan kehadiran untuk Taklimat/Lawatan Tapak sahaja yang dibenarkan hadir
* Hanya Penama dalam PPK dan SPKK atau PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan untuk menyertai taklimat dan lawatan tapak