Ralat Pengkhususan : Kerja-Kerja Pembaikan Trek Lumba Lari Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan Di Stadium Pangkalan Tldm Kota Kinabalu, Sabah
Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, Ibu Pejabat JKR Malaysia
Bumiputera T1
CE
CE21
Taklimat Tender dan Lawatan Tapak adalah diwajibkan pada 24 November 2022, Jam 9.30 Pagi, bertempat di Stadium Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Sabah. Hanya PENAMA yang tercatat dalam sijil PPK / SPKK / STB yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat. Kontraktor / syarikat TIDAK BOLEH mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PPK / SPKK / STB.
Tempat dan Tarikh Dokumen Mula Dijual
Dokumen Tender akan dijual secara atas talian melalui Sistem JKR E-Tender (JET) kepada petender yang menghadiri Taklimat Tender dan lawatan tapak serta telah membuat bayaran dokumen tender SAHAJA.
28.11.2022 (Isnin) Hingga 5.12.2022 (Isnin)
Harga Dokumen dan Bayaran Atas Nama
RM 100.00
Tempat, Tarikh dan Waktu Tender Tutup
27.12.2022 (Selasa)
12.00 Tengahari
Secara Atas Talian Melalui Sistem JKR E-Tender (JET)
SISTEM JKR E-TENDER (JET) :
Proses tender ini dilaksanakan secara dalam talian melalui Sistem JET:
a) Kontraktor yang berminat menyertai tender hendaklah membuat pendaftaran dalam portal https://tender.jkr.gov.my. Pendaftaran akaun pengguna kontraktor hanya perlu dibuat sekali sahaja dengan menggunakan nama syarikat yang berkenaan.
b) Hanya kontraktor berdaftar sahaja boleh menyertai tender yang menggunakan Sistem JET. Langkah-langkah untuk membuka akaun dan mendaftar masuk sistem boleh dirujuk menerusi Manual Pengguna yang boleh dimuat turun melalui portal https://tender.jkr.gov.my.
c) Kontraktor yang telah berdaftar dengan Sistem JET akan menerima ID dan Kata Laluan untuk log masuk, melihat paparan iklan, membeli dan mengemukakan dokumen
tender.
TAKLIMAT TENDER & LAWATAN TAPAK :
a) Kontraktor yang LAYAK dan berminat dikehendaki untuk memohon untuk hadir ke lawatan tapak dan taklimat tender melalui Sistem JET di portal https://tender.jkr.gov.my sebelum tarikh lawatan tapak yang ditetapkan.
b) Permohonan kontraktor untuk menghadiri lawatan tapak dan taklimat tender akan disahkan oleh pejabat yang mengeluarkan tender.
c) Kontraktor dikehendaki untuk menghadiri lawatan tapak dan taklimat tender yang berkenaan pada masa, tarikh dan tempat yang telah ditetapkan.
d) Kontraktor perlu memuat naik bukti kehadiran secara dalam talian melalui Sistem JET di portal https://tender.jkr.gov.my untuk disahkan oleh pejabat yang mengeluarkan tender. Kegagalan kontraktor untuk mengemukakan bukti kehadiran lawatan tapak dan taklimat tender akan menyebabkan kontraktor tidak layak menyertai tender.
e) Sila bawa Cop Syarikat Beralamat untuk memudahkan urusan pendaftaran semasa lawatan tapak dan taklimat tender dijalankan.
f) Segala Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Kerajaan yang berkaitan hendaklah dipatuhi.