Perkhidmatan Perundingan Bagi Kajian Laluan Alternatif Jalan Seremban – Kuala Pilah (Ft051)
Bahagian Perancang Jalan, Kementerian Kerja Raya Malaysia
Pelawaan ini adalah terbuka kepada firma perunding yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan
Pelawaan ini adalah terbuka kepada firma perunding yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah kod bidang 340201 – Kajian Rangkaian Pengangkutan atau 340202 – Kajian Trafik; dan tempoh pendaftaran hendaklah masih sah sekurang-kurangnya tiga (3) bulan daripada tarikh tender ini diiklankan
TIADA
Perhatian:
Borang Saringan Wajib dan Tarikh Taklimat Tender
Petender yang memenuhi syarat-syarat pendaftaran dan berminat hendaklah WAJIB mengisi Borang Saringan Wajib yang boleh dicapai melalui pautan berikut
shorturl.at/npBLQ
pada tarikh yang ditetapkan iaitu bermula dari 28 Februari 2022 sehingga 7 Mac 2022 sebelum jam 11.59 malam.
Taklimat tender secara atas talian akan diadakan pada 10 Mac 2022. Hanya petender yang melepasi tapisan saringan wajib sahaja akan diberikan notis jemputan sesi taklimat tender.
Tarikh Dokumen Pelawaan Mula/Tamat Diedar Atas Talian
Dokumen Pelawaan akan diedar secara atas talian bagi pembida yang layak (melepasi tapisan saringan wajib dan menghadiri sesi taklimat tender) dan selepas slip bayaran diterima SAHAJA bermula Khamis, 17 Mac 2022
Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup
Cawangan Pengurusan Perolehan & Harta, Bahagian Kewangan, Tingkat Bawah Blok A, Kompleks Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50580 KUALA LUMPUR
6 April 2022
(12.00 tengah hari)
NOTA:-
1. Petender yang memenuhi syarat-syarat pendaftaran dan berminat hendaklah WAJIB mengisi Borang Saringan Wajib yang boleh dicapai melalui pautan berikut shorturl.at/npBLQ pada tarikh yang ditetapkan iaitu bermula dari 28 Februari 2022 sehingga 7 Mac 2022 sebelum jam 11.59 malam.
2. Petender yang LAYAK SAHAJA (melepasi saringan wajib) akan menerima e-mel jemputan untuk menghadiri sesi taklimat tender secara atas talian. Petender yang layak diwajibkan menghadiri sesi taklimat tender dan hendaklah membuat pengesahan kehadiran melalui pautan google form yang akan disediakan oleh urusetia dalam sesi taklimat tender berkenaan.
3. Petender yang LAYAK SAHAJA (melepasi saringan wajib dan menghadiri sesi taklimat tender) akan menerima e-mel untuk membuat pembayaran secara atas talian. Petender yang layak hendaklah membuat pembayaran melalui perbankan atas talian menerusi JomPAY sahaja dalam tempoh lima (5) hari selepas menerima e-mel yang mengandungi maklumat pembayaran. Dokumen pelawaan dijual dengan kadar RM50.00 bagi setiap satu (1) set.
4. Hanya petender yang layak dan telah mengemukakan slip bayaran akan menerima e-mel daripada urusetia yang mengandungi nama pengguna berserta kata laluan dan pautan untuk memuat turun Dokumen Pelawaan dalam tempoh yang ditetapkan.
5. Cadangan Teknikal dan Cadangan Kos yang telah dilengkapkan hendaklah dikemukakan secara serahan tangan dengan mematuhi Prosedur Operasi Piawai (SOP) yang disediakan di dalam Arahan Kepada Petender sebelum atau pada Tarikh Tutup Tender 6 April 2022 (12:00 tengah hari). Dokumen CadanganTeknikal dan Cadangan Kos yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.