Ralat Pembatalan Tender - Menaiktaraf Jalan Dari Kg. Som Ke Kg. Berau, Jerantut, Pahang (No. Tender : Jkr/ip/cj/t/2022/4) - Ralat Iklan Tender (Tarikh Memuat Turun Dokumen Tender & Tarikh Tutup Tender) | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
Acquisition Type
Tender
Date of Advertisement
Procurement Title

Ralat Pembatalan Tender - Menaiktaraf Jalan Dari Kg. Som Ke Kg. Berau, Jerantut, Pahang (No. Tender : Jkr/ip/cj/t/2022/4) - Ralat Iklan Tender (Tarikh Memuat Turun Dokumen Tender & Tarikh Tutup Tender) 

Calling Office

Bahagian Jalan, Cawangan Kontrak Dan Ukur Bahan, Ibu Pejabat Jkr Malaysia, Jalan Raja Laut, 
50582 Kuala Lumpur

Company Status

BUMIPUTERA
A1

CIDB Grade
G7
Category

CE
 

Specialization

CE01  &  CE02 

On Sale Date
Sale Deadline
Document Price
RM500.00
Site visit

LAWATAN TAPAK DIWAJIBKAN
Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat tender yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat didalam sijil PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan manghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan. Kontraktor/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ.
TAKLIMAT TENDER DIWAJIBKAN

Taklimat Tender akan diadakan sepertimana berikut:
i. Tarikh: 09/02/2022 (Rabu)
ii. Masa: 11.00 Pagi
iii. Tempat: Stor & Woksyop, JKR Daerah Jerantut, Batu 1, Jalan Jerantut - Benta, 27000 Jerantut, Pahang
iv. Segala Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Kerajaan yang berkaitan hendaklah dipatuhi. Sila bawa Cop Syarikat Beralamat untuk memudahkan urusan pendaftaran semasa taklimat tender dijalankan.
v. Hanya Petender yang layak dan telah mengemukakan Slip Bayaran akan menerima Nama Pengguna beserta Kata Laluan/Pautan Muat Turun melalui e-mel untuk memuat turun Dokumen Tender daripada JCloud. Dokumen Tender akan dimuatnaik secara salinan lembut (softcopy) di atas
talian. Petender yang layak akan menerima nombor akaun melalui e-mel untuk membuat pembayaran secara atas talian secara transaksi segera (Instant Transfer) sahaja dan bukti transaksi perlu dikemukakan melalui emel sebagai Slip Bayaran. Petender hendaklah membuat bayaran dalam
tempoh TIGA (3) hari selepas menerima e-mel yang mengandungi nombor akaun untuk tujuan pembayaran.
vi. Petender yang mempunyai kebenaran khas ke atas Kategori & Pengkhususan dari CIDB adalah tidak dibenarkan untuk menyertai tender ini. Pejabat Memanggil Tender (PMT) tidak akan bertanggungjawab di atas kecuaian Petender dalam memastikan kesempurnaan penerimaan emel, isu
pembayaran dan dokumen yang dimuat turun. Sebarang aduan berkaitan perkara ini tidak akan dilayan.

Dokumentasi Taklimat Tender
i. Tiada dokumentasi untuk dimuat turun.

Maklumat Kontraktor
Taraf : BUMIPUTERA
Jenis syarikat : A1
Kelas : G7
Kategori : CE
Pengkhususan : CE01 & CE02
Lain-lain Pendaftaran : Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) G7, CE ATAU UPKJ Kelas A, Kepala I, III dan IV ATAU PUKONSA Kelas A, Tajuk I dan Tajuk IV dan juga Sijil Taraf Bumiputera (STB) yang masih sah.

Maklumat Tender Dokumen
Harga : RM500.00
Bayaran Secara Atas Talian : E-Melkan bukti transaksi kepada alamat e-mel PMT dan salinkan kepada emel akaun.kementerian@kkr.gov.my dan cpph@kkr.gov.my
Tarikh dokumen mula dimuat turun : 14 MAC 2022
Tarikh akhir dokumen dimuat turun : 21 MAC 2022
Tempat dijual : Dokumen Tender boleh dimuat turun (download) melalui capaian URL (Link URL) yang akan diemelkan kepada petender yang layak dan telah mengemukakan bukti Slip Pembayaran.
Tarikh ditutup : 04 APRIL 2022
Waktu ditutup : 5.00 PETANG
Tempat ditutup : Cawangan Pengurusan Perolehan Harta, Bahagian Kewangan, Tingkat Bawah, Blok A, Kementerian Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50582 Kuala Lumpur.
Dokumen Tender boleh dikemukakan secara serahan tangan/kurier dengan mematuhi Prosedur Operasi Piawai (SOP) yang disediakan di dalam Arahan Kepada Petender.

NOTA :-
Dokumen Meja Tender dan Dokumen Tender boleh dicapai melalui Storan Atas Talian yang akan diberikan oleh Pejabat Memanggil Tender (PMT) kepada petender yang layak dan telah membuat pembayaran secara atas talian.
Bayaran bagi Dokumen Tender hendaklah dibayar secara atas talian secara transaksi segera (Instant Transfer) sahaja dan bukti slip transaksi beserta Slip Kehadiran Lawatan Tapak perlu dikemukakan melalui e-mel kepada PMT dan disalinkan ke alamat e-mel akaun.kementerian@kkr.gov.my dan cpph@kkr.gov.my sebagai slip bayaran dan juga slip kehadiran.
Sebarang kesilapan Petender dalam membuat bayaran serta mengemukakan slip kehadiran akan mengakibatkan Petender tidak menerima e-mel yang mengandungi nama pengguna beserta kata laluan dan pautan muat turun Dokumen Tender.

Closing date