Pembinaan Blok Bangunan (Mch) Klinik Kesihatan Greentown, Ipoh, Perak
Cawangan Kontrak Dan Ukur Bahan, Ibu Pejabat JKR Malaysia
Terbuka
T1
B
B01, B04 & B29
TARIKH : 20 JULAI 2022
TEMPAT: Bilik Gerakan Tan Sri Mahfuz Khalid, Tingkat 3, JKR Perak.
MASA : 10 PAGI
TAKLIMAT TENDER DAN LAWATAN TAPAK adalah DIWAJIBKAN
Hanya penama yang tecatat di dalam Sijil PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat
Harga Dokumen & Bayaran
RM 500.00
Hanya petender yang LAYAK sahaja (melepasi saringan wajib dan hadir Lawatan Tapak & Taklimat Tender) akan menerima
e-mel berkenaan maklumat lengkap pembayaran.Bayaran bagi Dokumen Tender hendaklah dibayar secara atas talian melalui
JomPAY sahaja dan bukti transaksi perlu dikemukakan melalui e-mel kepada mchgreentown.bpp1ckk@jkr.gov.my
Tempat Dan Tarikh Dokumen Mulai Dijual
Tarikh edaran Dokumen Tender melalui storan JCloud;
11 Ogos 2022 (Khamis) hingga 17 Ogos 2022 (Rabu)
Tempat,Tarikh & Waktu Tender Tutup
CAWANGAN PENGURUSAN PEROLEHAN & HARTA, TINGKAT BAWAH, BLOK A, KOMPLEKS KEMENTERIAN KERJA RAYA, JALAN SULTAN SALAHUDDIN, 50580 KUALA LUMPUR
8 SEPTEMBER 2022 12 TENGAHARI
NOTA :-
Borang Saringan Wajib dalam bentuk google form perlu diisi oleh kontraktor termasuk alamat e-mel rasmi dan maklumat sijil pendaftaran serta tempoh sah laku pendaftaran petender untuk Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB. Bagi Kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, hendaklah diisi maklumat Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Pendaftaran PUKONSA
atau UPKJ. https://forms.gle/sxJGx3C9WYjdHatj7
Kontraktor yang melepasi Saringan Wajib akan dipelawa hadir ke Taklimat Tender dan Lawatan Tapak. Taklimat Tender dan Lawatan Tapak adalah diwajibkan.Tatacara pembelian Dokumen Tender akan dikemukakan kepada petender yang telah hadir Taklimat Tender dan Lawatan Tapak. Dokumen akan diedarkan secara atas talian selepas slip bayaran diterima. Hanya petender yang layak dan telah mengemukakan slip bayaran akan menerima pautan muat turun dokumen beserta kata laluan untuk
memuat turun Dokumen Tender daripada Jcloud.
Dokumen Tender hendaklah dikemukakan secara serahan tangan dan dimasukkan ke dalam Peti Tender tidak lewat atau pada pukul 12.00 tengahari pada hari tutup tender.