YB TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA TURUN PADANG PANTAU PEMBINAAN KOMPLEKS GUNASAMA PERSEKUTUAN (BGP) KUCHING DEMI PENJAWAT AWAM
KUCHING, SARAWAK - YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya, telah mengadakan lawatan ke Projek Pembinaan Bangunan Gunasama Persekutuan (BGP) Kuching bagi meninjau kemajuan projek.
Dalam sesi taklimat projek, YB DS Ahmad Maslan mengatakan bahawa 75% projek sakit berpunca daripada masalah kontraktor. Beliau juga berpesan bahawa kita perlu ambil inspirasi dengan kontraktor yang berjaya siapkan projek “Ahead Of Time” kerana ia memberi impak yang besar kepada rakyat.
Projek bernilai RM140.79 juta yang dilaksanakan oleh Eastbourne Corporation Berhad ini kini mencapai kemajuan fizikal 17.03%, iaitu mendahului jadual sebanyak 5.59% (134 hari lebih awal), dan dijangka siap pada 28 November 2028.
Apabila siap, kompleks ini akan menempatkan 25 agensi Persekutuan di bawah satu bumbung bagi memudahkan urusan rakyat. Projek ini turut menggunakan teknologi IBS sekurang-kurangnya 70% serta BIM tanpa kos tambahan.
Kementerian Kerja Raya (KKR) komited memantau pelaksanaan projek bagi memastikan ia disiapkan mengikut jadual, kos dan spesifikasi, selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI.
- Log in to post comments