YB TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA TURUN PADANG KE JAMBATAN RUNTUH | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

YB TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA TURUN PADANG KE JAMBATAN RUNTUH

BATANG PADANG, 22 APRIL 2025 - Timbalan Menteri Kerja Raya, YB. Datuk Seri Ahmad Maslan turun padang meninjau situasi semasa lokasi kejadian jambatan runtuh di Sungai Liat iaitu laluan yang menghubungkan Felda Sungai Klah ke Felda Hotsprings Sungai Klah.

Hadir sama ialah YB. Puan Salina Samsudin, Ahli Dewan Undangan Negeri Behrang dan mengiringi timbalan menteri ke lokasi ialah Tuan. Ir. Ilanchelvan a/l Polanippan, Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya Daerah Batang Padang.

Tindakan awal bagi kerja-kerja membaikpulih laluan tersebut sedang giat dijalankan dan sebuah jambatan bailey akan didirikan bermula hari ini dan dijangka siap dan dibuka kepada orang awam pada hari rabu minggu hadapan.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0