YB MENTERI KERJA RAYA PERKUKUH JALINAN STRATEGIK BERSAMA TVS | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

YB MENTERI KERJA RAYA PERKUKUH JALINAN STRATEGIK BERSAMA TVS

SUBANG – Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, telah mengadakan lawatan rasmi ke studio TVSarawak (TVS) di Taipan, Subang, sebagai langkah memperkukuh kerjasama strategik antara kementerian dan stesen penyiaran itu.

Lawatan ini bertujuan merintis kolaborasi lebih erat dalam penyampaian maklumat berkaitan projek serta inisiatif kementerian, khususnya di negeri Sarawak. Antara agenda utama ialah perancangan program bual bicara eksklusif bersama Menteri Kerja Raya yang bakal disiarkan di TVS, memberi ruang kepada rakyat untuk mengikuti secara langsung perkembangan semasa di Bumi Kenyalang.

Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Kerja Raya dalam memperkasa komunikasi yang telus, efektif dan menyeluruh — selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI ke arah tadbir urus berintegriti dan rakyat yang lebih peka.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0