YB MENTERI KERJA RAYA MERASMIKAN PROGRAM SIMPOSIUM CERUN NEGARA
PUTRAJAYA – Simposium Cerun Negara 2025 (SCN 2025) yang bertemakan “Way Forward – National Slope Master Plan” telah berjaya dilaksanakan dari 7 hingga 8 Mei 2025 bertempat di The Everly Hotel, Putrajaya.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya Malaysia.
SCN 2025 adalah simposium berkonsepkan perkongsian ilmu anjuran Bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Bersempena SCN2025 juga, Kerajaan MADANI melalui Kementerian Kerja Raya (KKR) dan agensinya JKRMalaysia telah melancarkan Pelan Induk Cerun Negara (PICN): Pelan Tindakan 2025-2030.
Pelan Tindakan ini merupakan dokumen rujukan utama dalam mengukuhkan tadbir urus serta pelaksanaan pengurusan cerun secara menyeluruh di Malaysia yangdibangunkan selaras dengan Sendai Framework dan Dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara 2030 dan ini selaras dengan dua Nilai Teras Malaysia MADANI iaitu KESEJAHTERAAN dan KEMAMPANAN.
SCN 2025 merupakan inisiatif di bawah Pelan Induk Cerun Negara (PICN) yang diterajui oleh JKR Malaysia selaku jabatan teknikal utama negara yang turut bertindak sebagai pentadbir dan penyelaras utama PICN dalam memberikan kepimpinan dan hala tuju kepada pemegang taruh yang terlibat dalam pengurusan cerun negara.
- Log in to post comments