YB DATUK SERI DR AHMAD MASLAN MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT PEMANTAUAN: PASTIKAN PROJEK INFRA RAKYAT SIAP LANCAR DEMI KESEJAHTERAAN | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

YB DATUK SERI DR AHMAD MASLAN MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT PEMANTAUAN: PASTIKAN PROJEK INFRA RAKYAT SIAP LANCAR DEMI KESEJAHTERAAN

TAIPING - Kementerian Kerja Raya (KKR) terus komited memastikan pelaksanaan projek infra rakyat dipantau secara rapi dan berterusan demi kesejahteraan rakyat. Mesyuarat Pemantauan Projek Pembinaan Infra Rakyat Bil. 2/2026 yang dipengerusikan oleh YB Datuk Seri Dr Ahmad Maslan hari ini meneliti status semasa projek-projek pembangunan di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia.

Sehingga 28 April 2026, sebanyak 2,497 projek fizikal pembinaan bernilai RM133.897 bilion telah diamanahkan kepada JKR Malaysia, selain 4,405 kerja penyenggaraan dan naik taraf bernilai RM6.123 bilion sedang dilaksanakan di seluruh negara.

Daripada 851 projek dalam fasa pembinaan, lebih separuh menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila:

  • 241 projek lebih awal daripada jadual (Ahead of Time)
  • 213 projek mengikut jadual pelaksanaan

KKR dan JKR juga terus memperkukuh pemantauan projek melalui penggunaan teknologi seperti Building Information Modelling (BIM), sistem modular dan mekanisme amaran awal bagi memastikan isu kelewatan dapat ditangani dengan segera.

Hasil pemantauan berterusan, kadar projek sakit berjaya dikurangkan daripada 6.81% pada Jun 2025 kepada 5.17% ketika ini.

Kerjasama erat antara semua pihak termasuk kementerian pelanggan, perunding, kontraktor dan agensi kerajaan akan terus diperkasa demi memastikan projek infra rakyat dapat disiapkan dengan cekap, selamat dan memberi manfaat kepada rakyat sejajar aspirasi Malaysia MADANI.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4