YB DATO SRI ALEXANDER NANTA LINGGI BINCANG HALA TUJU BELANJAWAN KKR 2026 DALAM PROGRAM AGENDA AWANI | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

YB DATO SRI ALEXANDER NANTA LINGGI BINCANG HALA TUJU BELANJAWAN KKR 2026 DALAM PROGRAM AGENDA AWANI

KUALA LUMPUR – Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, tampil dalam program Agenda AWANI malam ini bagi membincangkan hala tuju serta keutamaan Belanjawan Kementerian Kerja Raya (KKR) 2026.

Perbincangan ini memberi tumpuan kepada strategi KKR dalam memperkukuh pembangunan infrastruktur negara, meningkatkan kecekapan penyampaian projek, serta memastikan kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan utama kementerian.

Program ini bakal memberi peluang kepada rakyat untuk memahami dengan lebih mendalam peranan dan KKR dan agensinya dalam mendepani cabaran pembangunan infrastruktur masa hadapan, termasuk usaha memastikan setiap projek dilaksanakan mesti mengutamakan rakyat untuk menikmati manfaatnya.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3