TURUN PADANG YBTM KE PROJEK LEBUHRAYA PAN BORNEO SABAH FASA 1B
KINABATANGAN – YB Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya memulakan Program Turun Padang (TURPA) pertama 2026 dengan meninjau pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B.
Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B ini melibatkan dua pakej kerja utama iaitu:
• Pakej Kerja 25 (WP25) – Projek Menaik Taraf Jalan dari Kampung Perpaduan Datuk Moh ke Sukau sepanjang 14.97 kilometer; dan
• Pakej Kerja 26 (WP26) – Projek Menaik Taraf Jalan dari Sukau ke Kampung Lot M sepanjang 18 kilometer.
TURPA ini juga turut melibatkan peninjauan kerja-kerja Emergency Major Repair di jajaran jalan sedia ada yang mengalami kerosakan teruk akibat penggunaan jangka panjang yang padat sebelum Projek Lebuhraya Pan Borneo dilaksanakan bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna. Projek ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam menyediakan rangkaian jalan raya yang lebih selamat, cekap dan berdaya tahan serta merancakkan pembangunan ekonomi setempat.
Sebelum itu YB Timbalan Menteri mengadakan lawatan dan ramah mesra ke Jabatan Kerja Raya Daerah Kinabatangan. Taklimat organisasi telah disampaikan oleh Jurutera Daerah, YBrs. Ir. Brian Jr Dell Junot.
- Log in to post comments