TURUN PADANG YBM KE KEM SRI ISKANDAR | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

TURUN PADANG YBM KE KEM SRI ISKANDAR

MERSING – Menteri Kerja Raya, YB Dato Seri Alexander Nanta Linggi hari ini mengadakan lawatan kerja ke Kem Sri Iskandar yang menempatkan Rejimen 21 Grup Gerak Khas (GGK) bagi meninjau perkembangan projek pembinaan Kolam Menyelam Tempur. Projek tersebut kini telah disiapkan sepenuhnya selepas melalui fasa pembaikan kecacatan (defect rectification) yang dilaksanakan mengikut jadual.

Dalam lawatan tersebut, YB Menteri diberikan taklimat terperinci berhubung status teknikal dan keselamatan kemudahan berkenaan, termasuk peningkatan kualiti struktur yang telah disempurnakan bagi memastikan kemudahan latihan ini memenuhi standard operasi tertinggi untuk kegunaan pasukan elit negara.

YB Menteri diiringi oleh Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, YBhg. Dato' Sri Ir. Roslan Ismail serta Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), YBhg. Dato' Ir. Ibrahim Esa. Turut hadir, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Johor, YBrs. Tuan Ir. Zainal Tumian yang bersama-sama memberikan maklumat sokongan teknikal dan pemantauan projek di peringkat negeri.

Kementerian Kerja Raya komited untuk memastikan setiap projek infrastruktur pertahanan disiapkan mengikut piawaian, selamat digunakan dan memberi nilai tambah kepada keupayaan operasi pasukan keselamatan negara.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0