TURUN PADANG : TKSU KKR PANTAU LOKASI ADUAN DI KUANTAN, PAHANG
KUANTAN, 11 APRIL 2025 - Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Dasar Dan Pembangunan, YBhg. Dato' Mohd Sakeri Abdul Kadir turun padang meninjau Jalan Persekutuan FT02 berkaitan aduan awam yang diterima di beberapa lokasi sepanjang laluan tersebut. Hadir mengiringi ialah YBhg. Dato’ Ir. Ts. Hafizah Binti Zakaria, Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang.
Tiga lokasi berdasarkan aduan telah dilawati di sepanjang laluan tersebut iaitu di Seksyen 366-367, Seksyen 367-368 serta Seksyen 375-376, dan berdasarkan tinjauan tersebut, Dato' Mohd Sakeri turut menggesa pihak konsesi penyelenggara jalan persekutuan supaya mengambil tindakan yang proaktif bagi mengatasi masalah-masalah yang berlaku dan memastikan penyelenggaraan dilaksanakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
Untuk rekod, syarikat konsesi penyelenggaraan jalan persekutuan di lokasi ini dilaksanakan oleh Roadcare Malaysia Sdn.Bhd.
- Log in to post comments