TURUN PADANG : PENINGKATAN KESELAMATAN DI BLACKSPOTS FT032 | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

TURUN PADANG : PENINGKATAN KESELAMATAN DI BLACKSPOTS FT032

KUALA LANGAT - YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya, hari ini meninjau lokasi kerap kemalangan di Laluan FT032, Seksyen 8.0, Jalan Labohan Dagang–Nilai. 

Lawatan ini bertujuan memastikan kerja-kerja penambahbaikan keselamatan jalan dijalankan secara teratur dan berkesan.

Projek bernilai RM300,000 yang dilaksanakan oleh JKR Daerah Kuala Langat melalui kaedah sebut harga menumpukan usaha memperelok elemen keselamatan di kawasan berisiko tinggi.

Antara skop kerja termasuk:

 • Mengecat semula garisan dan tanda jalan yang pudar

 • Penyediaan Zon Berhenti Motosikal di persimpangan lampu isyarat

 • Mengecat jalur rentas kuning, chevron hatching dan yellow box

 • Pemasangan papan tanda keselamatan baharu

 • Penggantian guard rail dan longkang rosak

Lokasi projek terletak di laluan utama Banting–KLIA, berhampiran kemudahan industri seperti GS Paper, Concrete Empire dan Hengtai Biotechnology, serta kawasan komuniti termasuk Masjid Ar-Rahmah RTB. 

Dengan pelaksanaan penambahbaikan ini, projek diharap dapat meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya dan mengurangkan risiko kemalangan.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0