TURUN PADANG, MENELITI PELAKSANAAN, MEMASTIKAN KECEMERLANGAN: KOMITMEN KKR MEMPERKASA INFRASTRUKTUR | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

TURUN PADANG, MENELITI PELAKSANAAN, MEMASTIKAN KECEMERLANGAN: KOMITMEN KKR MEMPERKASA INFRASTRUKTUR

BALING, KEDAH -  Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR), YBhg. Dato' Seri Azman bin Ibrahim telah mengadakan lawatan turun padang ke Projek Menggantikan Jambatan FT067/045/90 di Baling, Kedah bagi meninjau kemajuan pelaksanaan projek serta memastikan setiap aspek pembinaan dilaksanakan mengikut skop, kualiti, kos dan tempoh yang ditetapkan.

Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan KKR dalam memperkukuh budaya penyampaian yang berprestasi tinggi melalui pemantauan secara langsung di lapangan, penyelesaian segera terhadap isu pelaksanaan serta pengukuhan koordinasi antara semua agensi dan pihak berkepentingan. YBhg. Dato' Seri KSU mengarahkan kerja disiapkan mengikut perancangan yang ditetapkan dan dipantau dengan close monitoring demi kepentingan rakyat.

Projek ini dijangka siap pada awal tahun 2027 bukan sekadar membina sebuah jambatan baharu, malah merupakan pelaburan strategik Kerajaan MADANI dalam meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya, memperkukuh jaringan perhubungan, merancakkan aktiviti sosioekonomi setempat serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.

KKR akan terus memastikan setiap projek infrastruktur dilaksanakan dengan penuh integriti, akauntabiliti dan profesionalisme demi merealisasikan penyampaian perkhidmatan awam yang cekap, berimpak tinggi dan berteraskan kepentingan rakyat.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3