TURUN PADANG KSU KKR KE PROJEK KUARTERS KELAS H JKR.
SG PINANG - Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, telah turun padang ke Projek Kuarters Kelas H JKR di Hilir Sungai Pinang bagi meninjau status semasa projek, turut serta Jurutera Daerah Timur Laut Pulau Pinang, YBrs. Ir. Ts. Mohd Khairulnizam bin Mohmmed Hassan.
Dalam lawatan tersebut, dimaklumkan bahawa kerja-kerja fizikal projek telah siap sepenuhnya. Pada masa ini, pihak utiliti iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) sedang giat melaksanakan kerja-kerja penyambungan bagi membekalkan elektrik dan air ke projek berkenaan, yang dijangka diperoleh selewat-lewatnya pada penghujung Januari.
Semasa lawatan ini, KSU KKR turut mengingatkan pihak kontraktor supaya memastikan semua kerja dilaksanakan mengikut piawaian dan spesifikasi yang telah ditetapkan, demi menjamin kualiti, keselamatan dan ketahanan kemudahan yang disediakan.
Lawatan turun padang ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Malaysia MADANI dalam memastikan pelaksanaan projek infrastruktur rakyat dilaksanakan dengan telus, berintegriti dan berfokus kepada kesejahteraan
- Log in to post comments